WAN AZIZAH KEMUNGKINAN BESAR MENJADI CALON

 

PKR timbang permintaan untuk Wan Azizah tanding PRU15





Dr Wan Azizah Wan Ismail menewaskan empat pencabar lain di
 Parlimen Pandan pada PRU14 dengan majoriti 52,543 undi, selain
 pernah menyandang kerusi Permatang Pauh pada 1999 hingga 2008
 dan 2015 hingga 2018.

PETALING JAYA: PKR sedang mempertimbangkan permintaan supaya penasihat parti itu, Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Presiden PKR, Anwar Ibrahim, berkata permintaan itu dibuat Wanita Pakatan Harapan.

“Kita akan bagi pertimbangan. Belum ada keputusan,” katanya selepas Majlis Pelancaran Iltizam Wanita dan Jentera Pilihan Raya PRU15 Wanita PH.

Wan Azizah menewaskan empat pencabar lain di Parlimen Pandan pada PRU14, dengan majoriti 52,543 undi. Bekas timbalan perdana menteri itu juga pernah menyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 1999 hingga 2008 dan 2015 hingga 2018.

Anwar berkata, keputusan dirinya bertanding di kawasan mana juga belum ditentukan.

“Saya juga belum tahu bertanding ke tak atau di mana,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau tidak menyalahkan Amanah yang berhasrat bertanding di kerusi pernah diperuntukkan kepada Bersatu pada PRU15.

Bagaimanapun katanya, keputusan akan dibuat di peringkat negeri sebelum dibawa ke pucuk pimpinan.

Terdahulu, Naib Presiden Amanah, Mujahid Yusof Rawa dilaporkan berkata, dasar PH amat jelas bahawa semua parti komponen boleh menuntut bertanding di kerusi yang diberikan kepada Bersatu pada PRU14.

No comments: