CALON

 

CALON

1. Sekarang difahamkan, semua parti menggagau cari calon. Perkara normal nak PRU. Cuma PRU15 ni sampai 4-5 penjuru, makin meriahlah pemilihan calon pilihanraya. Bagi setiap parti yang ada.

2. Ramai orang nak jadi calon. Kalah pun takpe. Itu nama perjuangan. Kalah pun boleh masuk dalam resume. Bekas calon pilihanraya. Orang boleh respect jua. Mereka la kata. Bukan saya.

3. Ada juga yang ajar, kalau nak masuk bertanding, wajar terus menang. Kalau tak sia2 la. Once you take the leap of faith, atau buat terjunan dalam dunia politik, there’s no turning back. Makanya, kalau boleh masuk tu, cari platform yang baik, untung sabut timbul. Terus menang.

4. Itu lah jadi pada kebanyakan YB yang baru2 masa PRU14. Banyak menang kerana tsunami.

5. Kalau nak menang pilihanraya, must be at the right time, at the right place. Kata mereka. Parti itu paling utama. Kena cari parti yang kuat. Dan seat pun kena selamat.

6. Tu sebab kita tengok Tengku Zhafrul walau level2 T20 dan urbanite, nak juga bertanding kat kampung2. Bukan Kolumpo. Gerenti menang la, kata mereka2. Orang Melayu suka bangsawan. Feudalism itu masih kuat.

7. Otai cakap dengan saya, kalau nak jadi calon yang gerenti menang, kena masuk parti yang kuat. Sama ada UMNO, DAP, PKR dan PAS. Kerana ini parti lama. Sudah ada base mereka. Letak sipolan mana pun, pengundi pangkah pakai logo. Kadang nama calon pun tak tahu.

8. Selain nak menang senang, Otai cakap kena tengok juga perjuangan kita. Apa peranan kita dalam parti politik?

9. Kalau masuk UMNO, pastikan nak bantu bersihkan

parti dari korupsi. Kalau masuk DAP, kena bawak suara moderate Melayu, jangan pula jadi chauvinistik. Kalau masuk PKR, cuba damaikan puak2. Minta buang budaya basuh pakaian dalam di tempat terbuka. Kalau masuk PAS, eh Liyana tak lepas Description: 😂

10. Calon juga kena sedia mental dan fizikal. Habis segala cerita sama ada betul dan fitnah akan dijaja. Bukan saja diri sendiri malah keluarga.

11. Duit usah cerita la, macam air akan keluar. Kalau takde setengah sejuta dalam poket, jangan harap la nak menang. Itu kata otai2 lama.

12. Makanya saya rumuskan, kalau nak jadi calon, kena menang. Baru boleh buat perubahan. Nak menang kena masuk parti yang kuat. Letak tepi suka tak suka. Itu belakang kira. Duit jugak kena ada. Muka kena tebal jua.

13. Memang kerja politikus ni matlamat menghalalkan cara. Cara untuk berkuasa. Tapi soalan yang perlu kita tanya, bila dapat kuasa, adakah kita mampu dan upaya, agar amanah yang diberi terjaga? Adakah kita kuat nak tolak segala jenis dugaan, semata2 kerana nak kekalkan kuasa kita?

14. Apa yang saya belajar, dalam 2 minggu ni. Banyak orang boleh jadi calon dan politikus. Tapi tak ramai boleh jadi pemimpin dan negarawan ulung. Yang pengikut betul2 boleh sanjung.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

No comments: