Pilih calon berintegriti, kata pemimpin Rasuah Busters .Kalau diKedah jangan sokong Nusi sebab ada pengkhianat sokong beliau dan bentuk kerajaan.









 

Timbalan Pengerusi Rasuah Busters Kedah, Prof Madya Dr Ummu Atiyah Ahmad Zakuan.

Pengundi perlu memilih calon dan pemimpin yang berintegriti pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang sekiranya benar-benar ingin membuktikan mereka menentang dan mahu menghapuskan budaya rasuah.

Timbalan Pengerusi Rasuah Busters Kedah, Prof Madya Dr Ummu Atiyah Ahmad Zakuan pemimpin berintegrasi akan menjadi teras kekuatan negara, sekali gus berupaya memperkukuhkan sistem tadbir urus, elemen semak dan imbang, serta sistem pentadbiran negara yang responsif.

Beliau melihat PRU-15 yang bakal berlangsung tidak lama lagi sebagai medan menguji keyakinan dan kesungguhan masyarakat untuk mendepani isu rasuah.

“Pengundi harus bijak memilih pemimpin dan jangan memilih secara semberono, sebaliknya mengundi calon yang mempunyai prestasi bagus, latar belakang baik serta paling penting memilih pemimpin berintegriti.

“Bukan sahaja golongan pemimpin atau calon bertanding yang bakal diuji untuk tidak melakukan perbuatan berunsur rasuah tetapi kumpulan pengundi juga bakal berhadapan ujian menolak imbuhan sebagai gula-gula pilihan raya,” katanya menurut laporan Sinar.

Dr Ummu Atiyah yang juga Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS) Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata situasi tersebut bakal menguji sejauh mana kekuatan individu melawan amalan rasuah, termasuk sekecil-kecil pemberian sumbangan menjelang PRU-15.

Katanya, amalan pemberian barangan dan sumbangan wang tunai daripada calon bertanding sepanjang tempoh berkempen dilihat sebagai satu kebiasaan yang telah berlaku sekian lama, sedangkan perkara tersebut adalah satu bentuk rasuah atau umpan undi secara tersirat.

“Jika kita betul-betul hendak membanteras rasuah, kita perlu membuktikannya. Kesungguhan kita memerangi budaya rasuah boleh diterjemahkan pada PRU-15 ini.

“Semuanya bermula daripada diri kita sendiri. Bulatkan tekad dengan menyatakan kita benci rasuah dan mereka yang menawarkan apa juga bentuk rasuah.

“Buktikan kita adalah masyarakat Malaysia yang benci budaya rasuah dan kita mahu memutuskan rantaian rasuah di negara ini,” katanya kepada kru Rasuah Busters pada Jumaat.

Sehubungan itu, Dr Ummu Atiyah berkata jika dalam kempen PRU-15 nanti ada calon bertanding memberi sumbangan berbentuk barangan atau wang kepada pengundi, jika menerima pemberian tersebut ia adalah satu kesalahan.

Menurutnya, jika merujuk kepada Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) (Akta 694), kesalahan rasuah adalah meminta atau menerima rasuah, menawar atau memberi suapan, mengemukakan tuntutan palsu, menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan penjawat awam.

Oleh sebab itu katanya, walaupun pemberian tersirat sepanjang pilihan raya mungkin melibatkan satu jumlah kecil, tetapi masyarakat membenarkan ia subur menjadi budaya hidup, maka sebenarnya ia telah menghancurkan negara dan membunuh generasi masa depan.

“Apabila kita membiarkan perbuatan rasuah berlaku biar sekecil mana sekalipun, sebenarnya kita telah membenarkan negara kita dihancurkan dan ia hampir sukar untuk dihentikan.

“Cuba fikirkan kesan seterusnya, jika calon tersebut menang dan menjadi orang yang akan membuat keputusan dan polisi negara, maka adakah terjamin akan kejayaan polisi tersebut?

“Akhirnya rakyat juga yang rugi. Rakyat akan rugi kerana berlaku ketirisan belanjawan yang sepatutnya dibelanjakan untuk rakyat. Malah tidak dinafikan ia juga boleh beri kesan kepada keselamatan negara,” katanya.

 

No comments: