NAK JADI UNIVERSII TERKEMUKA MACAMANA KALAU FORUM TERBUKA PUN TIDAK DIBENARKAN....UNDI 18 DAH DIBENARKAN ...JANGAN BONSAIKAN PEMIKIRAN PELAJAR

 

Pelajar bidas UM tutup forum kebebasan bersuara





Pihak berkuasa Universiti Malaya menutup sebuah forum mengenai
 kebebasan bersuara, kata kesatuan mahasiswa.

PETALING JAYA: Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya membidas pihak berkuasa universiti itu kerana menutup sebuah forum mengenai kebebasan bersuara.

Pentadbiran bertindak tidak profesional dengan menutup sistem PA bagi mengelakkan speaker jemputan, Wong Yan Ke, daripada berucap, selain mengeluarkan ugutan dan menyuraikan hadirin, kata kesatuan itu.

“Ini melampau dan tidak perlu. Kebebasan akademik perlu didukung setiap masa.

“Pentadbiran universiti tiada hak untuk menentukan siapa yang boleh atau tidak boleh menjadi speaker dan hanya perlu mengambil tindakan terhadap speaker jika ucapan mereka tidak sesuai atau bertentangan undang-undang,” katanya dalam kenyataan.

Wong menjadi perhatian umum apabila beliau membawa plakad bantahan yang menuntut peletakan jawatan naib canselor ke atas pentas, ketika Konvokesyen UM ke-59.

Kesatuan pelajar itu berkata, Wong dijemput atas kapasitinya sebagai penyelaras Suaram.

Kesatuan itu menuntut pegawai universiti terbabit memohon maaf atas tindakan tidak wajar mereka dan mengelak bertindak demikian pada masa depan bagi memastikan kebebasan bersuara terpelihara.

“Semua parti politik juga harus berikrar untuk menegakkan autonomi pelajar, kebebasan akademik dan kebebasan bersuara di semua institusi pendidikan, khasnya menjelang pilihan raya umum akan datang.”

Kesatuan pelajar itu menegaskan isu berkenaan mengenai pelanggaran kebebasan bersuara, bukannya kehadiran Wong di forum terbabit.

Forum itu diadakan Khamis lalu sempena UM-Week of Welcome.


No comments: