STEVEN, FAHMI DAN NURUL BANTU MANGSA PELARIAN SYRIA

Ok gais, mohon sangat-sangat korang mai support Fatih Corner kat Jalan Bangsar Utama, di hadapan Menara UOA Bangsar . Nasi Arab memang surr. Ini oghang Penang cakap punya. Harga pun berpatutan RM10 sekotak ada ayam seketui, dan 2 jenis kuah. Bolehlah harga Kolumpo.






STEVEN SIM


Semasa kami jumpa kat Parlimen, Saudari Nurul Izzah Anwar berkongsi dengan saya tentang kisah sedih seorang ibu tunggal bernama Fatih.

Fatih seorang warga Syria, berkahwin pada umur 15 tahun ketika remaja lain masih bersekolah. Di usia 16, dia sudah bergelar ibu.Description: 😢

Riang ria zaman remaja Fatih hilang tapi yang sedihnya, kebahagiaan rumah tangga pun tidak pernah dirasainya.

Suami sering mendera Fatih dan 3 orang anak kecil merekaDescription: 😡.

Apabila perang bermula di Syria mereka sekeluarga melarikan diri ke Malaysia dan berjaya dapat status perlindungan pelarian.

Fatih dan anak-anaknya sentiasa bersyukur kepada Malaysia kerana memberi mereka tempat teduhDescription: 👏.

Namun, kisah sedih Fatih sebenarnya belum berakhir. Suaminya menjadi semakin ganas dan sering memukul mereka. Akhirnya si suami meninggalkan mereka tanpa meninggalkan satu sen punDescription: 🤬Description: 🤯.

Kini Fatih terpaksa membesarkan anak-anak seorang diri, tanpa ahli keluarga lain, tanpa wang, tanpa pekerjaan, tanpa pendidikan, tanpa kewarganegaraanDescription: 😭.

Demi 3 orang anak kecil, Fatih sanggup menghempas pulas. Malangnya tanpa sokongan, dia tidak mampu untuk mencari rezeki dengan lancar.

Pernah sekali Fatih bekerja dekat flat tempat tinggalnya, ada laki-laki lain yang cuba ambil kesempatan ke atas dirinya semata-mata kerana dia bergelar ibu tunggalDescription: 😡.

Dia memang sudah buntu. Bulan-bulan sewa rumah flat kat KL saja dah RM900. Belum kira belanja sekolah anak-anak. Depa belajar di sekolah pelarian so memang kena bayar yuran. Fatih kata dia tak bersekolah tapi dia nak anak-anaknya mendapat pendidikan. Mulia sungguh kasih ibu.

Saudari Izzah bagitau saya Fatih ni pandai buat masakan Arab. Kalau begitu, apa kata kitaorang bantu dia setup gerai jual nasik Arab. Kos modal semua kitorang tanggungDescription: 🫰.

La ni trend nasik Arab Chef Ammar dok panaih lagi kat KL, mana tau rezeki Chef Fatih pulaDescription: 😆.

Pagi ni, sebelum sesi Belanjawan kat Parlimen, Izzah, Fahmi dan saya pergi ke rumah flat Fatih di KL untuk tolong dia setup gerai nasik Arab. Fatih bangkit tidur jam 4 pagi tadi untuk masak dan buat persiapan.

Masa nak keluar rumah, Fatih sempat amik meja seterika, katanya khuatir meja yang kitorang beli tak cukup nak letak barang niaga. Aduh... Ghisau kadang kalaDescription: 😂.

Saudara Fahmi Fadzil kata dia dah tolong recce kat Bangsar ada tempat kosong boleh menjaja, crowd pun ramai. Abam long kawasan kata ok, jadi kami pun pi setup kat sana. Description: 😂

Tapi memang betuilah kata YB Fahmi. Gerai setup tak sampai setengah jam, dah habis nasik Arab Chef Fatih! Description: 🤩Description: 🥳Description: 🥳

Fatih hampir tak percaya nampak wang tunai di tangannya. Saya hulurkan lagi sedikit sumbangan, untuk dia cover sewa sebulan. Tak lah rimas sangat kalut bab sewa rumah, dan boleh fokus majukan bisnes barunya.

Ok gais, korang yang kat Bangsar, KL, PJ, Selangor, pi lah support bisnes nasik Arab Chef Fatih. Izzah dan saya lidah oghang Penang pun dah luluih nasik Arab dia, memang surr punya.

Jalah teruih !!

Kepada sesiapa yang nak menderma kepada adik Fatih Description: 🙇‍♂️Description: 🙇‍♂️:

YAYASAN AMAN

5623 3940 0458

Maybank Islamic

(Fatih corner)

Lokasi: Jalan Bangsar Utama, di hadapan Menara UOA Bangsar

Waktu operasi: 9am-2pm

 

No comments: