Nasib umat Islam Xinjiang: Pas menyepi, waktu PH jadi Kerajaan bukan main garang


 Pas harus mencermin diri sendiri berhubung sikap berkecuali kerajaan Malaysia dalam resolusi berkenaan penindasan umat Islam di Xinjiang oleh kerajaan China.


Menurut KEADILAN Cabang Kemaman, Terengganu, sikap berkecuali itu tidak sewajarnya ditunjukkan oleh kerajaan Malaysia yang mana Pas berada di dalamnya.


Kata kenyataan itu, Pas sebelum ini teruja menghentam kerajaan Pakatan Harapan berhubung isu Xinjiang tetapi tidak melakukan apa apa selepas menjadi kerajaan.


"Tindakan Malaysia mengambil sikap berkecuali ketika pengundian meluluskan Resolusi Xinjiang bagi hak asasi manusia di China pada persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menimbulkan tanda tanya. Di manakah suara Pas yang begitu lantang menyerang kerajaan PH suatu ketika dahulu berkenaan isu Uighur dan Xinjiang?


"Pas yang kini sebahagian daripada kerajaan adakah tidak dapat mempengaruhi kerajaan berhubung isu ini? Sepatutnya Pas menyuarakan secara lantang di dalam mesyuarat kabinet menggesa kerajaan mengundi untuk menyokong resolusi ini. Namun begitu perkara ini tidak berlaku," kata kenyataan berkenaan.


Sikap Pas yang tidak mengkritik Kerajaan BN kata kenyataan Biro Komunikasi dan Penerangan itu menunjukkan dengan jelas Pas merupakan sebuah parti menunggang agama.


"Perkara ini menjadi satu bukti jelas Pas adalah sebuah parti penunggang agama yang hipokrit. Mereka menaburkan fitnah hanya kerana mengejar kuasa dan kedudukan dengan sanggup memperalatkan Islam untuk merampas kuasa.


"Pembohongan Pas dan sikap munafik mereka mesti terus didedahkan bagi membuka mata rakyat supaya menghukum parti itu dalam Pilihan Raya Umum akan datang," katanya lagi.


No comments: