KEBODOHAN UMNO TERSERLAH- RAKYAT SEDANG MELIHAT TINDAK TANDUK UMNO

 

HAMDAN TAHA


Presiden umno dan beberapa pimpinan juga penyokongnya menyebut PH dan PN takut kalah dalam pru ke 15 itu sebab mereka menentang PRU di adakan

Saya pulak tak fikir mereka takut tapi mereka bijak untuk mengajak rakyat melihat umno dan BN tidak tidak mementingkan rakyat dan masalah rakyat dengan mengunakan sifat gopoh presiden umno mendesak di adakan PRU di musim yang salah

Ketika sembang sembang dengan orang kampung dan orang bandar di putra height ini mèmang jelas ada ramai yang kata ke saya bahawa presiden umno keterlaluan dalam isu pru ke 15 termasuk umno secara keseluruhan di babitkan sekali kenyataan ini termasuk oleh mereka yang ahli umno dan ada jawatan di cawangan dan bahagian

Saya ni tinggal di kg bukit lanchong cara kehidupan adalah sebiji cara kampung,surau saya berkhimat pula di Putra Height kawasan perumahan yang agak ada nama maka cara kehidupan orang Lembah kelang,ke dua dua kelompok ini rasa rimas dengan isu PRU ke 15,mereka tak faham politik tapi bagi mereka kenapa lah desak sangat PRU ni sedangkan boleh buat tahun depan dan habis penggal pun lama lagi,mereka pelik kenapa umno jadi libang libu mereka tak lah nampak PH dan PN takut tapi mereka nampak Umno kelam kabut dan terdesak sedangkan umno sedang berkuasa....

Di sini lah PH dan PN bijak ambil hati rakyat,jangan kata mereka tak berjaya sebenarnya berjaya menarik golongan tidak faham politik dan orang muda untuk turut sama menolak umno dalam pru ke 15 dalam isu kelam kabut presiden umno dan pasukannya

Tambah pula kenyataan Presiden Umno yang selalu keluar terbabas dari landasan yang sukar untuk jentera parti pertahankan

Bagi orang yang ikuti kes Presiden Umno pula atau musuh politik beliau semuanya yakin dan percaya desakan pru segera ini bersifat kepentingan presiden bukan parti,apa kepentingannya,untuk mengejar jika pru Bn menang besar kes beliau belum di jatuhkan hukum bersalah masih boleh di selamatkan dengan mengunakan kekuasaan yang ada seperti Tun Dr M selamatkan LGE

Tapi jika telah di jatuhkan hukum bersalah walaupun BN menang ianya agak sukar untuk Presiden merencanakan kaedah kerana Hakim di makamah rayuan dan persekutuan bukan mudah kerana ramai

Itu lah pandangan setengah orang yang tahu sedikit sebanyak tentang kes kes mahkamah yang sedang berjalan

Kelemahan jentera presiden dan dato najib ialah mereka tidak berselindung dan secara terbuka setiap hari menyebut bahawa BN perlu menang kali ini untuk kita selamatkan Najib dan Zahid dan Rosmah,kita nak bebaskan Najib dari Penjara antaranya Lokman Adam dan Ramai lagi penyokong mereka menyebut begitu dalam live mereka setiap hari dan di buat berulang ulang setiap hari kenyataan itu...akhirnya rakyat percaya bahawa umno nak berkuasa semula bukan kerana rakyat dan negara tetapi kerana nak selamatkan Najib dan Zahid dan Rosmah Mansur....kebetulan umno merasakan nama nama itu di sayangi mejoriti rakyat dan boleh di jual,betul lah ada yang percaya tapi siapa mereka itu....mereka itu 30 peratus ahli umno yang tak mampu berkata kata dan yang ikut arus....mereka tidak keluar dari rumah umno untuk meninjau pandangan luar..

Sebenarnya kes yang sama berlaku dalam kes Anwar Ibrahim semua penyokong dan pimpinan PKR DAP dan Pas ketika itu secara terbuka juga menyebut kita mahu bebaskan Anwar Ibrahim dari Penjara

Cuma kes antara Anwar dan Najib berbeza,Najib melibatkan wang negara dan hutang negara sehingga hari ini kerajaan terpaksa tanggung dan kisah zahid dan najib mengumpul kekayaan di lihat sangat melampau

Kes Anwar pulak kes peribadi dan di masa itu cara Tun Dr M tangani Kes Anwar menyebabkan apa saja yang di katakan oleh Anwar dan Penyokongnya boleh di yakinkan dan menyakinkan itu pun tidak berjaya merubah pemikiran rakyat untuk berikan kemenangan pada pkr atau PR...2018 isunya bukan lagi Anwar akan di bebaskan yang di jual untuk PH menang tapi penjarakan Najib dan isu GST dan keluarga najib tumbangkan Bn dan calun Pm yg di jual ialah Tun Dr M bukan Anwar....

Itu lah perbezaah jelas,contoh Anwar masuk penjara laungan nama anwar hari hari dalam ceramah dan di sogo selama bertahun tahun termasuk media asing

Najib masuk penjara sekarang hilang terus nama beliau di arus perdana cuma umno berjaya buat sekali sahaja di dewan pwtc sekadar itu saja sekarang pun dah semangkin orang lupa najib razak dan orang sudah tidak peduli...

Itu sebab nak bubar dewan rakyat kali ni bukan juga mudah seperti 14 pru yang lepas kerana keadaan semasa sudah berubah....

 

No comments: