DALAM UMNO PUAD NAMPAK JELAS BAHAWA UMNO AKAN KENA TIPU DENGAN PAS- JADINYA UMNO TAK MAU WALAU PAS NAK SONDOL DUA KOLAM.

 

Umno tidak mahu ditipu PAS buat kali kedua, kata Puad.




Puad Zarkashi berkata, PAS menunjukkan tidak mahu bekerjasama selepas menterinya tidak bersetuju PRU15 diadakan tahun ini. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Puad Zarkashi mempertahankan tindakan parti itu mengenakan tiga syarat kepada PAS sekiranya parti Islam itu mahu bekerjasama untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15) nanti.

Puad berkata, Umno tidak mahu ditipu kali kedua oleh PAS.

Tambahnya, Umno menyambut dengan hati terbuka kenyataan beberapa pemimpin PAS baru-baru ini bahawa perikatan Muafakat Nasional (MN) masih dipertahankan.

Bagaimanapun, kata Puad, langkah 12 menteri daripada Perikatan Nasional (PN), termasuk PAS, yang mengutus warkah kepada Yang diPertuan Agong dan menyuarakan pendirian mereka yang tidak bersetuju PRU15 diadakan tahun ini, mendedahkan kedudukan sebenar parti Islam itu.

“Ia memberi signal PAS tidak jadi bekerjasama dengan Umno,” katanya di Facebook.

Puad berkata PAS sukar memutuskan hubungan dengan Bersatu kerana bimbang Umno akan lebih dominan. Tambahnya, Bersatu adalah saingan Umno.

Beliau turut mempersoalkan parti Islam itu kerana tidak menjemput Amanah – parti serpihan PAS – untuk menyertai MN jika ia benar-benar mengambil berat tentang perpaduan umat Islam.

MN adalah pakatan politik yang dijalin antara PAS dan Umno pada September 2019, ketika kedua-dua parti itu adalah sebahagian daripada pembangkang persekutuan, untuk menyatukan pengundi Melayu-Islam.

“Apakah itu bukan main politik?

“Umno meletakkan syarat kerana tidak mahu ditipu kali kedua. Pokoknya Umno tidak akan masuk lubang biawak kali kedua,” tegasnya.

No comments: