NIK HASYUDEEN


Adakah Gaji Semasa Mencukupi untuk Mengimbangi Peningkatan Kos Sara Hidup?

Memiliki pendapatan boleh guna yang mencukupi penting bagi isi rumah untuk kestabilan kewangan. Jurang antara pendapatan dengan perbelanjaan menunjukkan kecukupan sumber kewangan untuk menampung perbelanjaan isi rumah dan sekuriti kewangan.

Rajah 1.2.7 menunjukkan bahawa 51.2% isi rumah menerima kurang daripada RM6,000 sebulan dengan 79.7% daripadanya mengalami ketidakseimbangan kewangan kerana bahagian perbelanjaan lebih besar berbanding pendapatan.

Jurang pendapatan-perbelanjaan adalah lebih ketara bagi kumpulan isi rumah berpendapatan RM2,000 – RM3,999. Situasi ini secara umumnya menunjukkan bahawa lebih separuh daripada jumlah isi rumah di Malaysia memerlukan pendapatan yang lebih untuk menampung peningkatan kos sara hidup.

Sumber: Tinjauan Ekonomi 2023 Mukasurat 29

 

No comments: