AMPANG: PKR hari ini mengumumkan akan bertanding di 72 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia.
Berikut adalah antara senarai calon PKR yang akan bertanding bagi kerusi Parlimen:
- Anwar Ibrahim-Tambun
- Rafizi Ramli- Pandan
- Saifuddin Nasution-Kulim Bandar Baharu
- Amirudin Shari- Gombak
- Chang Lih Kang -Tanjung Malim
- Nik Nazmi Nik Ahmad-Setiawangsa
- Aminuddin Harun-Port Dickson
- Nurul Izzah Anwar-Permatang Pauh
- Wan Azizah Wan Ismail-Bandar Tun Razak
- Adam Adli -Hang TuahJaya
- Fadhlina Sidek- Nibong Tebal
- Rodziah Ismail-Ampang
- Shamsul Iskandar-Bagan Datuk
- Syed Ibrahim Syed Noh-Ledang
- Wong Chen-Subang
- Maszlee Malik-Simpang Renggam
- Akmal Nasrullah Mohd Nasir-Johor Bahru
- Nik Omar- Pasir Salak
- Husam Musa-Pasir Mas
- Dr. Sathia Prakash Nadarajan-Hulu Selangor
- Zahir Hassan-Wangsa Maju
- Lee Chean Chung-Petaling Jaya
- Iskandar Shah Abdul Rahman-Pagoh
- Hassan Karim-Pasir Gudang
- Akmal Nasir-Johor Bahru
- Jufitri Joha- Rembau
- Abdullah Sani-Kapar
Naib Presiden PKR, Amirudin Shari akan bertanding di Gombak dan dijangka berdepan penyandang kerusi Mohamed Azmin Ali yang juga bekas naib presiden dan menteri besar Selangor.
Sementara itu Nik Nazmi Nik Ahmad kekal di Setiawangsa, Wan Azizah Wan Ismail akan berpindah ke Bandar Tun Razak, manakala ketua pemuda PKR, Adam Adli bertanding di Hang Tuah Jaya.
Bagi kerusi Ampang PKR mempertaruhkan Rodziah Ismail.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dan Ketua Penerangan Fahmi Fadzil masing kekal di Kulim Bandar Baharu dan Lembah Pantai.
Sementara itu bekas Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Husam Musa akan bertanding di Pasir Mas, Nik Omar Nik Aziz akan bertanding di Pasir Salak manakala Nurul Izzah Anwar akan mempertahankan kerusi tradisi Permatang Pauh.
Beberapa calon turut digugurkan dari dicalonkan semula antara bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah, Ahli Parlimen Sungai Buloh, R Sivarasa, Ahli Parlimen Alor Setar, Chan Ming Kai, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Tan Yee Kew, dan Ahli Parlimen Gopeng, Lee Boon Chye.
Turut digugurkan bekas Ahli Parlimen Sungai Siput, S Kesavan, Ahi Parlimen Sekijang Natrah Ismail dan bekas Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul
Setiap calon yang bertanding perlu menandatangani surat dan borang bon aku janji, persetujuan memulangkan yuran deposit pencalonan dan persetujuan pemotongan elaun wakil rakyat untuk sumbangan kepada parti.
Akui janji itu ditandatangani calon di hadapan Anwar dan Rafizi.