KESIAN MAKLAM :' DUA PRESIDEN" PBM LARRY GANTUNG ZURAIDA , 12 PEMIMPIN. MASA DALAM PKR KAU CERAMAH JAJA NAMA ANWAR SANA SINI.BILA DAH NAIK KAU KHIANAT.AKU NAK KATA PADAN MUKA KAU SAJA MAK LAM


 'Presiden lama' PBM Datuk Larry Sng menggantung keahlian 'presiden baharu' Datuk Zuraida Kamaruddin, dan 12 pemimpin kanan lain berkuat-kuasa serta-merta seperti diumumkannya malam tadi (28 Oktober 2022).


Kemelut dalaman dan krisis ‘dua presiden’ Parti Bangsa Malaysia (PBM) semakin parah apabila ‘presiden lama’ Datuk Larry Sng menggantung 13 pemimpin kanan parti, termasuk ‘presiden baharu’ Datuk Zuraida Kamaruddin, berkuat kuasa serta-merta, malam tadi (28 Oktober 2022).

Dua belas anggota majlis tertinggi itu ialah Haniza Mohamad Taha; Dr Daroyah Alwi; Rahimah Majid; Dr Sathiskumar a/l Govindaraju; Muhammad Saiful Bahari Sahari; Na’im Brundage; Abdul Aziz Abdul Kadir; Zakaria Abdul Rahim; Muniraa Abu Bakar; Datuk Chua Lian Chye’ Datuk Roger Tan Seng Huat; dan Albakri Salim.

“Surat penggantungan telah dihantar kepada mereka secara individu,” kata Sng dalam satu kenyataan lewat malam tadi.

“Selaras dengan perlembagaan PBM Fasal 60 (iii), saya telah mengambil keputusan untuk menggantung individu berkenaan daripada jawatan mereka dalam Majlis Tertinggi berkuat kuasa serta-merta.

“Ini termasuk juga penggantungan Datuk Hajah Zuraida Binti Kamaruddin sebagai ahli biasa PBM. Ini berhubung penglibatan berterusan mereka dalam menjejaskan kepentingan parti dan kepimpinannya.”

Kemelut itu bakal menjejaskan semua calon PBM yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November depan, terutama menjelang hari penamaan calon pada 5 November.

Ini kerana watikah pencalonan yang dikeluarkan oleh presiden atau pengerusi bagi sesebuah parti atau gabungan politik perlu dikemukakan kepada pegawai pengurus pilihan raya ketika hari penamaan calon, sebagai bukti sah.

Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pencalonan seseorang itu yang mewakili parti atau gabungan tertentu tidak sah, kecuali mereka bertanding atas tiket Bebas.

Dalam kes PBM, pegawai pengurus pilihan raya pasti akan menyemak dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) terlebih dahulu untuk mengesahkan siapa presiden sebenar, bagi mengesahkan watikah pencalonan. Ia juga perlu dilakukan jika ada bantahan daripada calon lain.

Namun, dengan tempoh masa yang singkat pada hari pencalonan selain diadakan pada Sabtu, ianya akan menyulitkan semakan itu dilakukan, sekali gus menyebabkan calon PBM akan ditolak.

Larry berkata beliau membenci dan mengecam muslihat politik sedemikian yang telah menjejaskan kepercayaan kepimpinannya dan telah menyebabkan banyak kekeliruan kepada ahli parti serta masyarakat.

“Oleh itu, jawatan mereka akan digantung sehingga jawatankuasa tatatertib ditubuhkan untuk meneliti perkara itu selepas pilihan raya.

“Satu Mesyuarat Majlis Tertinggi akan diadakan pada Ahad ini, 30 Oktober 2022, di Sarikei, Sarawak, pada jam 4 petang memandangkan perkara ini amat mendesak, untuk membincangkan dan menyelesaikan isu tersebut dengan segera.

“Saya akan melaksanakan peruntukan Fasal 21 (ii) perlembagaan parti untuk membenarkan mesyuarat diadakan kurang daripada notis 7 hari yang diperlukan. Mereka yang telah digantung kerja tidak akan dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut,” katanya.

Dalam kenyataan pagi ini (29 Oktober 2022) pula, penyandang kerusi Parlimen Julau dan kini kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Pelagus di Sarawak itu, menjelaskan adalan penting untuk mengetahui kronologi krisis yang berlaku.

Menurutnya pada 1 Oktober 2022, PBM telah mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) di mana dalam ucapannya beliau mengucapkan terima kasih kepada Zuraida iaitu ‘presiden yang dilantik’, kerana menyertai parti itu dan menyatakan hasrat untuk menjadikannya pengganti pada “masa yang sesuai”.

Usul terima kasih telah diluluskan sebulat suara oleh ahli perwakilan mengenai perkara ini. Perkara itu dilaporkan dalam media pada 2 Oktober 2022, tambah Larry lagi.

Katanya beliau tidak meletak jawatan, dipecat atau keluar untuk menyertai mana-mana parti politik dan tiada kekosongan jawatan presiden yang berlaku.

“Selepas itu notis mesyuarat Majlis Tertinggi telah dikeluarkan pada 5 Oktober, bukan di bawah arahan saya, untuk mesyuarat yang akan diadakan pada 7 Oktober. Mesyuarat ini tidak sah kerana di bawah perlembagaan parti Fasal 21 (I) & (II), kuasa untuk memanggil sebarang mesyuarat adalah oleh Presiden dan notis 7 hari mesti dikeluarkan melainkan diketepikan oleh Presiden.

“Masa mesyuarat itu juga bertepatan dengan Ucapan Belanjawan, di mana semua Ahli Parlimen PBM hadir di Parlimen. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Haniza yang juga Timbalan Presiden, dan dihadiri oleh beberapa Ahli Majlis Tertinggi tetapi sebahagian besarnya dianggotai oleh ahli parti yang tidak diiktiraf sebagai Ahli Majlis Tertinggi oleh ROS.

“Saya faham bahawa mesyuarat mereka tidak pun memenuhi korum yang diperlukan iaitu separuh daripada semua Ahli Majlis Tertinggi di bawah Fasal 21 (III).

“Sejak mesyuarat itu, Setiausaha Agung telah mengeluarkan kenyataan yang mendakwa Datuk Zuraida Kamarudin telah dilantik sebagai Presiden baharu. Tiada peruntukan sedemikian dalam perlembagaan parti yang membenarkan penyingkiran Presiden atau mana-mana Ahli Majlis Tertinggi yang dipilih melainkan ia dilakukan dalam AGM di bawah Fasal 14 (I) & (II), yang tidak berlaku.

“Dalam mesyuarat tidak sah itu juga telah diputuskan bahawa Setiausaha Agung dilantik mewakili parti dalam menandatangani watikah calon semasa pilihan raya umum. Ini jelas merampas kuasa Presiden, kerana saya pernah menjadi penandatangan tunggal untuk menandatangani watikah untuk semua calon di PRN Johor,” katanya lagi.

Susulan itu, Larry berkata beliau mengambil langkah susulan dengan menggantung setiausaha agung dan ketua penerangan diikuti timbalan presiden dan ahli majlis tertinggi yang menyebabkan timbul banyak ketidakpastian berhubung siapa presiden PBM yang dipilih secara sah.

“Harapan perwakilan parti pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) kami pada Januari 2022 di Sibu Sarawak, yang telah memilih barisan kepimpinan parti perlu dihormati,” katanya.

No comments: