PKR MEMULAKAN LANGKAH TERBAIK PERKENALKAN CALON DAN LATARBELAKANG

 

CALON PRU15 PARTI PKR

1. Semalam saya tonton secara live, pengumuman calon PRU15 bagi parti PKR. Massive turnout dalam gambar. Impressive. Parti perlu harapkan turnout yang ramai tu ialah di kalangan pengundi atas pagar yang dah mula condong ke PH. Bukan hanya penyokong parti.

2. Satu perkara utama yang saya boleh komen. RAFIZI is the Renaissance Man in PKR. He revives PKR dari parti yang lesu, kalah berturut2 dalam PRN dengan telur ayam, kepada parti yang punya prospek besar masa PRU. Kita sangka akan ada Renasissance Man dalam Parti Keramat Melayu, tapi PKR yang buat dulu.

3. Bukan saja ada orang segar dan baru, PKR juga tampilkan pembaharuan lain dari yang lain. Calon mereka kena isytihar harta dan buat akujanji potong gaji/ elaun nanti kalau menang. Serahkan amaun tu pada rakyat. Selain itu, biodata dan CV calon juga akan dimuatnaikkan dalam website. Untuk orang rujuk dan nilai calon SAFT. Ini pada saya, inovatif sekali. Menggalakkan pengundi bijak memilih.

4. Line up mereka rata2 mengekalkan incumbent atau MP sedia ada di tempat safe seat, kecuali Tuan Presiden. Dia akan bertanding di kerusi berisiko. The greater the risk, the greater the reward. Mungkin itu strategi PKR kali ini untuk Presiden mereka. Mereka kena harap Langkah Tambun ini tidak ada orang kona baring. Mungkin next PM kita dari sana.

5. Heavyweights PKR dan calon popular diletakkan di Perak. Seperti Siti Aishah Shaik Ismail dan Ustaz Nik Omar. Melawan warlords dari UMNO. Presiden juga bertanding di Ipoh. Pada saya, menunjukkan kesungguhan PH nak tawan Perak kembali. Fokus utama PKR di sana nanti.

6. Ramai line up di kalangan anak muda berpendidikan dan wanita. Mereka angkat Pensyarah OKU juga. Melawan di Putrajaya. Diversiti dan Inklusiviti. Ini ramai akan suka. Parti yang buat langkah begini akan sentiasa stay relevant. Kalau yang dok isi warlords tu, parti yang makin menua dan boleh lah ditolak tepi.

7. Apa yang saya dapat rumuskan, PKR buat langkah tepat umumkan calon sebelum Parti lain. Dengan pelbagai inovasi baru. Ini antidot atau pengubat politik lesu. Sama ada ia dapat diterjemahkan di kotak undi, kita lihat masa PRU.

8. Apapun, bravo PKR! Nice move. Saya tak sabar nak tengok line up parti lain pula. Mari kita angkat MP berkualiti. Bukan lagi pangkah ikut parti.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

SENARAI PENUH CALON2 PKR DI SEMENANJUNG


Berikut adalah senarai calon-calon PKR untuk kerusi Parlimen di Semenanjung sebagaimana diumumkan malam tadi.

1. Johor P140 Segamat – Yuneswaran Ramaraj

2. Johor P141 Sekijang – Dr Zaliha Mustapha

3. Johor P143 Pagoh – Iskandar Shah Abd Rahman

4. Johor P144 Ledang – Syed Ibrahim Syed Noh

5. Johor P150 Batu Pahat – Onn Abu Bakar

6. Johor P151 Simpang Renggam – Maszlee Malek

7. Johor P155 Tenggara – Zuraidah Zainab Mohd Zain

8. Johor P158 Tebrau – Jimmy Puah

9. Johor P159 Pasir Gudang – Hassan Karim

10. Johor P160 Johor Bahru – Akmal Nasrullah Mohd Nasir

11. Johor P164 Pontian – Mohd Sayfaul Ariffin Abdul Karim

12. Melaka P136 Tangga Batu – Rusnah Aluai

13. Melaka P137 Hang Tuah Jaya – Adam Adli Abd Halim

14. Negeri Sembilan P129 Kuala Pilah – Ustaz Noor Azman

15. Negeri Sembilan P131 Rembau – Jufitri Joha

16. Negeri Sembilan P132 Port Dickson – Aminuddin Harun

17. Selangor P093 Sungai Besar – Saipolyazan Mat Yusop

18. Selangor P094 Hulu Selangor – Dr Sathia Prakash Nadarajan

19. Selangor P097 Selayang – William Leong

20. Selangor P098 Gombak – Amirudin Shari

21. Selangor P099 Ampang – Rodziah Ismail

22. Selangor P100 Pandan – Rafizi Ramli

23. Selangor P104 Subang – Wong Chen

24. Selangor P105 Petaling Jaya – Lee Chean Chung

25. Selangor P107 Sungai Buloh – Ramanan Ramakrishnan

26. Selangor P109 Kapar – Abdullah Sani Abdul Hamid

27. Selangor P112 Kuala Langat – G Manivannan

28. Wilayah Persekutuan P115 Batu – P Prabakaran

29. Wilayah Persekutuan P116 Wangsa Maju – Zahir Hassan

30. Wilayah Persekutuan P118 Setiawangsa – Nik Nazmi Nik Ahmad

31. Wilayah Persekutuan P121 Lembah Pantai – Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil

32. Wilayah Persekutuan P124 Bandar Tun Razak – Dr Wan Azizah Wan Ismail

33. Wilayah Persekutuan P125 Putrajaya – Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz

34. Perak P055 Lenggong – Jurey Latiff Mohd Rosli

35. Perak P058 Bagan Serai – Siti Aishah Shaik Ismail

36. Perak P061 Padang Rengas – Muhammad Kamil Abdul Munim

37. Perak P063 Tambun – Anwar Ibrahim

38. Perak P071 Gopeng – Tan Kar Hing

39. Perak P073 Pasir Salak – Nik Omar Nik Abdul Aziz

40. Perak P075 Bagan Datuk – Shamsul Iskandar @ Yusre Mohd Akin

41. Perak P077 Tanjong Malim – Chang Lih Kang

42. Pulau Pinang P044 Permatang Pauh – Nurul Izzah Anwar

43. Pulau Pinang P047 Nibong Tebal – Fadhlina Sidek

44. Pulau Pinang P052 Bayan Baru – Sim Tze Tzin

45. Pulau Pinang P053 Balik Pulau – Mohamad Bakhtiar Wan Chik

46. Kedah P005 Jerlun – Mohamed Fadzil  Mohd Ali

47. Kedah P006 Kubang Pasu – Mohd Aizuddin Ariffin

48. Kedah P009 Alor Setar – Simon Ooi

49. Kedah P010 Kuala Kedah – Azman Ismail

50. Kedah P011 Pendang – Zulkifly  Mohamad

51. Kedah P014 Merbok – Nor Azrina Surip

52. Kedah P015 Sungai Petani – Mohammed Taufiq Johari

53. Kedah P017 Padang Serai – M Karupaiya

54. Kedah P018 Kulim Bandar Baharu – Saifuddin Nasution Ismail

55. Perlis P003 Arau – Fathin Amelina Fazlie

56. Perlis P002 Kangar – Noor Amin Ahmad

57. Kelantan P022 Pasir Mas – Husam Musa

58. Kelantan P025 Bachok – Nor Azmiza  Mamat

59. Kelantan P026 Ketereh – Rahimi L Muhamud

60. Kelantan P027 Tanah Merah – Mohamad Suparadi Md Noor

61. Kelantan P029 Machang – Dr Rosli Allani Abdull Kadir

62. Kelantan P032 Gua Musang – Asharun Uji

63. Terengganu P034 Setiu – Mohamad Ngah

64. Terengganu P038 Hulu Terengganu – Alias Ismail

65. Terengganu P039 Dungun – Mohasdjone @ Mohd Johari Mohamad

66. Terengganu P040 Kemaman – Hasuni Sudin

67. Pahang P081 Jerantut – Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan

68. Pahang P082 Indera Mahkota – Zuraidi Ismail

69. Pahang P083 Kuantan – Fuziah Salleh

70. Pahang P085 Pekan – Mohd Naim Zainal Abidin

71. Pahang P090 Bera – Abas Awang

72. Pahang P091 Rompin – Erman Shah Jaios

Bagi calon PKR di Sabah dan Sarawak, ia dijangka akan diumumkan dalam beberapa hari lagi dalam suatu majlis lain yang bakal diadakan di Kota Kinabalu dan Miri. – ShahbudinHusin 29/10/2022.




No comments: