RAMAI YANG GERUN GAMAKNYA BILA ANWAR NAK BERTANDING- NI AKU NAK BAGI TAU, ANWAR AKAN KE AMPANG...PRESIDEN KENA LAWAN PRESIDEN..LAGI PULA SALAK SEKOQ YANG MENGKHIANAT

 

Anwar tak jadi lawan anak murid, kembali ke Permatang Pauh?




Teka-teki kerusi mana Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bakal terjawab tidak lama lagi selepas difahamkan sudah memuktamadkan kerusi yang bakal ditandinginya nanti.

Presiden PKR itu sebelum ini masih mengintai kerusi Parlimen yang sesuai untuk bertanding, malah terdapat cabaran supaya bertanding tempat anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Bagan Datuk tetapi tidak diambil serius disebabkan mahu menjaga hubungan baik antara kedua-dua mereka.

Terbaharu, sebuah portal melaporkan Anwar hampir pasti tidak akan kekal bertanding di Port Dickson sebaliknya bakal kembali ke kerusi lamanya di Permatang Pauh pada PRU-15 ini.

“Sebagai calon perdana menteri, mereka (ahli strategi PKR) sedar perlu ada simbol untuk menunjukkan Anwar mempunyai sokongan orang Melayu.

“Dengan memilih Permatang Pauh, Anwar bukan sahaja menunjukkan beliau akan kembali ke kawasan pengundinya, bahkan mendapat sokongan Melayu,” menurut laporan MalaysiaNow yang memetik sumber dalaman berhubung keputusan untuk meletak Anwar di Permatang Pauh.

Untuk rekod, Anwar sebelum ini dikatakan berhasrat bertanding di kerusi Tambun dan juga tempat bekas Timbalan Presiden PKR di Gombak.

Bagaimanapun, kerusi tersebut berisiko memandangkan penyandang kedua-dua kerusi tersebut dilihat masih berpengaruh dan mempunyai penyokong kuat.

Walaupun terdapat pelbagai spekulasi berhubung kerusi mana Anwar akan bertanding, terdapat juga cadangan yang mahu Ketua Pembangkang itu melawan anak muridnya di Bagan Datuk.

Umum mengetahui hubungan baik kedua-dua cikgu dan anak murid tersebut, ia memandangkan sebelum ini tular klip audio mesra mereka berbincang strategi politik semasa mahu menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Permatang Pauh, kerusi luar bandar di Pulau Pinang, dianggap sebagai kubu tradisi Anwar.

Beliau membuat penampilan sulung di Parlimen sebagai pemimpin muda UMNO pada 1982 selepas menang di kerusi itu.

Selepas dipecat daripada kerajaan pada 1998, kerusi itu ditandingi isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada tahun berikutnya.

Wan Azizah kekal mempertahankan kerusi itu sehingga 2008, selepas beliau meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen untuk membenarkan suaminya bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Pada pilihan raya 2018, ketika Anwar sedang menjalani hukuman penjara kedua atas kesalahan liwat, kerusi itu ditandingi oleh anak sulungnya Nurul Izzah.

Namun, pada tahun yang sama presiden PKR yang mendapat pengampunan diraja tidak kembali ke kerusi tersebut sebaliknya memaksa Pilihan Raya Kecil Port Dickson bagi membolehkan beliau membuat kemunculan semula di Parlimen pada 2018.


No comments: