Hari tu aku post di wall aku dan tagged Dr. Maszlee tentang isu
Cikgu Fadli. Aku cadangkan agar Dr. Maszlee bawa Dr. Fadli ke kementerian
sekiranya beliau dilantik sebagai Menteri Pendidikan sekali lagi sebab aku
yakin Cikgu Fadli mampu membawa idea segar untuk membantu beliau mereformasikan
kementeri itu.
Respon dari Dr. Maszlee cukup untuk buatkan hati aku
berbunga-bunga. Tak salah pandangan aku yang Dr. Maszlee memang pemimpin yang
berjiwa rakyat. Jiwa seorang pendidik.
Dalam tempoh singkat Dr. Maszlee sebagai pun sudah banyak
perubahan yang beliau bawa. Andai kata selepas ini ditambah pula dengan
sokongan individu seperti Cikgu Fadli, aku amat yakin sistem pendidikan kita
akan berkembang pesat.
Aku harap pengundi Simpang Renggam sekali lagi akan berikan Dr.
Maszlee meneruskan khidmatnya sebagai Ahli Parlimen di situ. Dan selain itu,
kita juga perlu pastikan PH dapat membentuk kerajaan dalam PRU ini bagi
memastikan agenda reformasi dapat diteruskan.
Setiap individu yang caknakan kebajikan para guru serta
pendidikan anak-anak, anda tidak ada pilihan lain selain daripada memberikan
kemenangan buat PH. Hanya itu caranya dapat kita pastikan sistem pendidikan
berfungsi sebagaimana sepatutnya - mendidik anak bangsa. Guane boh?