Adakah beliau di Mahgribi dilayan sebegitu rupa?
NAK SAMBUT TETAMU OK TAPI JANGAN OVER
Hari ini bukan main ramai komen tentang Maula Muhammad Amin.
Saya dah komen di awal kedatangannya malah di Live Tik Tok Kaka (les isu
Madrasah) minggu lepas pun saya ada berbuat demikian tentang isu taksub.
Komen saya ia bukan soal isu keturunan atau tidak. Jika sekadar
ahlul bait beribu di Malaysia keturunan ahlul bait dari keturunan Syed, Sayyid
dan sebagainya. Bezanya tak cukup hensem dan ramai pandai cakap bahasa Inggeris
tapi tak pandai bahasa Arab.
Pernah dgr org kata bergurau kalau nak kahwin biar dgn org Arab.
Kalau bergaduh bapa ingat menantu dia tengah berdoa. Sebab itu bila org sebut
Innalilah kena marah… ‘ Eh dia belum mati lagi la’
Jadi saya mencari di mana keistimewaan lelaki kacak ini? Adakah
dia seorang ulama yg tinggi ilmunya hingga ramai mencium dan sampai mengupas
kulit udangnya?
Kalau komen kaum wanita di FB dan Tik Tok dah mcm Zulaikha zaman
Nabi Yusuf. Bila ada netizen bertanya kenapa Maula kontrol hensem dgn
sunglassesnya… fuh apa jawapan… ‘utk mengawal panahan mata dari godaan.’ Aduh…
itu memang style org kita. Kalau tak boleh jawab dgn hujah akhirnya mereka
berkata inilah fitnah akhir zaman.
Saya mencari2 apa Kitab hadis mana yg dihujahkan oelh Maula utk
saya mengkagumi ilmunya…ada Ustaz kata satu hadis yg disampaikan hadis tak
sahih atau palsu.
Saya boleh terima jika dia hadir sebagai tetamu. Cuma tak
perlulah over sgt mcm menyambut Ulama2 besar atau Imam Mahdi.
Cuma satu sahaja saya perasan dan agak pelik. Semalam saya ada
menonton klip video yg disend oleh Maula yg sudah tiba di kampung halamannya.
Jika di sini ramai yg ambil video, selfie dan bergambar dgnnya…
di sana dia selfie sendiri video rakamannya berseorangan. Org kuat dia kata
maaf gambarnya tak elok sebab Maula pakai HP murah
Takkan org Mahgiribi tak mahu muliakan dia sepertimana Lebai2
dan Ustajah di Malaysia raikan? Cuba cari Youtube mana2 pentas agama dia
mengajar bab hukum atau hadis tapi tiada.
Sebab di Malaysia dia hanya ceritakan mengenai keturunannya.
Jika saya hafal 38 nama itu adakah saya juga boleh diterima sebagai Ahlul Bait?
Tak mengapalah isu itu tak penting yg penting pada pandangan Tuhan ketakwaan
kita.
Mail XPDC, Dato Jojo dan Syed Saddiq itu keturunan ahlul bait.
Bezanya mereka tak pandai bahasa Arab.