Nampak gayanya Zahid Hamidi tersekat niatnya nak jadi PM. Semua Bahagian sokong Ismail Sabri jadi PM, kedudukan Zahid masih selamat?





 Selepas semua UMNO Bahagian membuat usul untuk mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri ke-10, kini timbul persoalan adakah kedudukan jawatan Presiden UMNO yang disandang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih selamat selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Umum mengetahui UMNO sebelum ini telah menangguhkan pemilihan partinya sehingga selesai PRU-15 nanti dengan alasan bagi mengelakkan perpecahan dalaman dan menumpukan kepada gerak kerja kempen jentera parti.

Bagaimanapun jika Ismail Sabri menjadi PM sekali lagi selepas memenangi PRU15, sudah semestinya kedudukan Zahid bakal tergugat memandangkan kredit pasti banyak diberikan kepada Naib Presiden UMNO itu kerana berjaya membawa kemenangan kepada Barisan Nasional (BN).

Ramai pimpinan UMNO yang menepis dakwaan wujudnya masalah antara orang nombor satu parti itu dengan orang nombor satu negara itu, malah Ismail Sabri sendiri berulang kali menegaskan hubungannya dengan Zahid baik-baik sahaja.

Malah semalam beliau sekali lagi memberi amaran kepada sesiapa yang cuba memecahbelahkan hubungannya dengan Zahid.

Menyentuh soal sokongan terhadap Ismail Sabri itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan tiada arahan dikeluarkan oleh mana-mana pimpinan sebaliknya ia inisiatif bahagian masing-masing.

Selain itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan turut dilaporkan berkata sokongan kepada Ismail Sabri adalah supaya solidariti antara presiden mentadbir parti dan perdana menteri memimpin kerajaan dapat dilihat baik dan harmoni.

Katanya perkara itu merupakan keputusan dalam mesyuarat MT UMNO sebelum ini malah Zahid mengulangi perkara itu dalam ucapannya pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bagan Datuk, semalam.


No comments: