BETOI KA KERAJAAN NAK LUPUSKAN HUTANG PENEROKA? JANJI ATAU DICAPATI ...KAH..KAH...KAH..PENEROKA JADI MAKANAN BN/PN

 

Antara hutang peneroka Felda, Felcra ketika Covid dan PRU.



Pada 7 Julai 2021, Perdana Menteri Kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan bersetuju melupuskan sebahagian pinjaman peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion bagi mengurangkan beban mereka.

Pengumuman itu satu berita baik yang ditunggu-tunggu ratusan ribu peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan itu sejak bermula kira-kira 66 tahun lalu. Ia dibuat ketika negara berdepan pandemik Covid-19, bukannya apa-apa pilihan raya.

Dengan inisiatif ini, bebanan pinjaman yang ditanggung peneroka akan berkurangan sebanyak purata 80 peratus setiap peneroka.

Purata bayaran balik pinjaman pula dijangka berkurangan daripada sekitar RM800 hingga RM1,000, kepada hanya RM250 hingga RM300 sebulan bagi peneroka sawit dan serendah RM150 bagi peneroka getah iaitu satu kadar yang sangat munasabah dan mampu dibayar oleh mereka.

Pengerusi PN yang juga Presiden Bersatu itu pernah memberitahu bahawa beliau kadang-kala tidak dapat melelapkan mata waktu malam kerana memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan hutang peneroka.

Beliau menyifatkan peneroka Felda sebagai golongan yang menjadi keutamaan ketika era pentadbirannya menjadi Perdana Menteri Kelapan sebelum ini, memandangkan kebanyakkan mereka terbelenggu dengan masalah hutang.

Dengan tema ‘Anjakan Minda Peneroka’, Muhyiddin berharap menerusi pelupusan itu, ia akan menjadi titik tolak atau ‘reset button’ untuk warga peneroka di seluruh negara menjadi lebih bersemangat dan lebih fokus dalam melipatgandakan hasil serta pendapatan mereka.

Untuk rekod, rata-rata peneroka Felda tidak dapat bekerja kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan ketika itu bagi menghalang lebih banyak penularan virus berbahaya itu.

Justeru, pelupusan itu mengurangkan lagi beban hutang peneroka Felda di seluruh negara, yang kini kembali melaksanakan aktiviti mereka setelah sempadan negara dibuka semula dan Malaysia memasuki fasa peralihan endemik.

Semalam, satu lagi berita gembira diumumkan Perdana Menteri kerajaan sementara, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga untuk peneroka, tetapi kali ini peneroka Felcra pula.

Tetapi, bersyarat.

Memetik laporan BH, kerajaan bersetuju melupuskan kesemua hutang lapuk projek Felcra Berhad membabitkan kos sebanyak RM233.8 juta sekiranya Barisan Nasional (BN) terus mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi.

Ismail Sabri berkata, walaupun beliau sudah bersetuju, dari segi peraturan perkara itu perlu dibawa ke mesyuarat Kabinet untuk kelulusan.

“Saya dah bincang dengan Menteri KPLB bawa dalam mesyuarat Kabinet, tetapi mesyuarat Kabinet tidak boleh diadakan sekarang ini kerajaan telah membubarkan Parlimen, Jadi bergantung kepada rakyat semua lah (menentukan kerajaan mentadbir),” katanya.

Pada 10 Oktober lalu, Ismail Sabri mengumumkan pembubaran Parlimen ke-14 bagi membolehkan pilihan raya diadakan, tatkala musim tengkujuh tahunan bermula November ini.

Rasanya rakyat sudah matang. Jadi fikir-fikirkan lah....

Razali bin Zakaria




No comments: