MUHYIDDIN MACAM TAK PUAS HATI...KENAPA RUNDING SENYAP SENYAP.....BIASA LA...PAS MANA BOLEH BERKAWAN DENGAN PARTI LAIN.

 


Rundingan tak rasmi dengan UMNO akan dibincang dalam mesyuarat PN.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mendapatkan penjelasan daripada pimpinan PAS berhubung tindakan parti itu meneruskan kerjasama serta mengadakan ‘rundingan tidak rasmi’ dengan UMNO.

Beliau berkata, langkah pimpinan PAS menjalankan rundingan dengan UMNO mengenai kerjasama dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), tidak dimaklumkan kepada PN dan diluar pengetahuannya.

“Kita akan bincang dalam mesyuarat PN malam ini. Saya akan minta Presiden atau Setiausaha Agung PAS untuk beri sedikit penjelasan, kalau ya ada perundingan atau perbincangan (dengan UMNO).

“Apakah benar-benar serius dan sejauh mana perkara itu akan berlaku.

“Perkara ini saya akan bangkitkan, kerana sekarang ini saya tak boleh nak komen kerana hanya dengar dari media sahaja,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran buku The Doctor Will See You Now – My Life With Ampikaipakan Kandiah di Brickfields, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, yang mendedahkan ada rundingan tidak rasmi antara parti itu dan pemimpin UMNO tertentu bagi membincangkan kerjasama menjelang PRU-15.

Bagaimanapun, pemimpin utama UMNO menafikan dakwaan rundingan tidak rasmi yang sedang dijalankan antara PAS dengan pemimpin lain dalam UMNO, malah menegaskan pendirian untuk bergerak solo pada PRU-15 nanti.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga sebelum ini menjelaskan tiada sebarang rundingan antara parti tersebut dengan PAS, ia memandangkan kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) sudah tidak terpakai lagi buat masa ini. – Artikel kredit SatuBerita

No comments: