Hipotesis Politik September 2022


Mohd Mukhlis


1) Saya ramal PRU masih lagi habis penggal sebab walaupun bubar lepas budget, dan budget cepatkan beberapa minggu, METMalaysia ramal banjir besar penghujung November. Ingat kalau bukan sebab PRN Sabah, Din PDF sudah lama rancang untuk bubar Parlimen tahun 2020 lagi (Wa makaru wa makarallaah, wallaahu khairul-maakiriin) 


2) Mail berani bubar kalau watikah ada dalam tangan, dan so far takat jadi poster boy sahaja tak cukup. Jadi selagi Zahid belum ke dalam, agak sukar untuk Mail kawal watikah. Dan baca juga kenyataan Shahidan Kasim tentang pengampunan Najib? Ini sendiri kita nampak dalam UMNO ada lebih dari satu kem.


3) Bila TokMat Hassan kata yang di hendak hendak bertanding DUN dan Parlimen, pembacaan saya yang UMNO tak yakin boleh menang PRU15. Hujah saya mudah sahaja, amat jarang sekali untuk UMNO bertanding 2 kerusi DUN dan Parlimen. Kalau dia yakin UMNO boleh menang Parlimen, sudah tentu dia sendiri akan rebut peluang jadi calon perdana menteri, kalau dia jadi calon perdana menteri, kenapa masih mengidam kerusi DUN?


4) Tentang Muda hendak masuk ke dalam PH, bagi saya lebih banyak allies lagi bagus dari banyak musuh, tapi kena berhati-hati. Sebab PH sekarang sudah kembali kuat, dulu masa PH lemah mereka pun tak sudi kan? Lagi pun demographic pengundi Muda adalah pengundi yang sama dengan PH; lihat PRN Johor, tak banyak pun advantage bila Muda bersama dengan PH. Track rekod mereka belum di uji dan hala tuju mereka masih samar-samar. Kalau mereka semua dah jadi MP umur 40 tahun ke atas, kena rebrand TUA pula ke? Lagi satu dengan Presiden mereka sendiri sangkut kes Mahkamah yang mana ada kemasukan duit ke akaun peribadi, kalau money trail this is very hard to justify ( saya tahu kes masih berjalan dan saya tak nak subjudice). Berbeza dengan kes LGE, star witness dia hanya seorang iaitu Zarul Ahmad Mohd Zulkifli yang kat LGE minta 10% rasuah dan dia bagi 200K lepas tu LGE senyum; ini hampir sama dengan kes Rosmah tak ada money trail TAPI Rosmah ada 3 star witness. Lagi satu Zarul ada track record berbohong. IMHO, nak buktikan kes beyond resonable doubt, LGE hanya kena cari khilaf dengan star witness, berdoalah yang dia ini sihat sebab hari itu MC 4 hari lepas sakit dada kena asak dengan Gobind. Anyway dalam kes jenayah ini pakai presumption of innocence until proven guilty in the court of law. Kalau mereka bersalah, face the music, kita takkan sokong mana-mana pihak yang bersalah dalam kes jenayah.


5) Saya pernah tulis dulu yang kalau Najib Razak ke dalam benda ini sangat penting sebab rata-ratanya rakyat kita tak faham sistem perundangan. Mereka duk ingat bila dia masih lagi bebas lepas Mahkamah Tinggi jatuhkan hukuman itu bermaksud mahkamah tak berfungsi. Sebab dia mampu itu yang dia boleh rayu sampai ke Mahkamah Persekutuan. Bila Najib Razak masuk ke dalam, kita boleh nampak yang usaha PH untuk memperbaiki negara terbukti berkesan walau hanya 22 bulan. Pemulihan Tabung Haji, Akta Guaman Syarie, Skandal 1MDB dan kini LCS hanya di bongkar sebab kehendak rakyat yang mengundi PH pada PRU14 dahulu untuk perubahan.  


6) Rakyat juga boleh lihat Parti PAS yang sangat caca marba, dulu mereka kata PAS takkan bersama dengan UMNO pada PRU14 tapi dalam diam mereka bedal duit UMNO. Sebab itu sebelum PRU14 mereka olok2 saman Sarawak Report, bila masa nak masuk mahkamah mereka tarik balik saman dan sanggup bayar Claire 1.4 juta ringgit. Ini nak PRU15 pun tiba-tiba tubik balik cerita RUU355 ini; komen saya tak kemana punya RUU355 ini, hanya nak jadi bahan kempen PRU sahaja. Itu belum masuk bab konon berlakon kutuk UMNO bab 1MDB tapi mereka dalam muktamar masih putus hendak bersama dengan UMNO. Gila PAS ini dengan pengkhianat bersatu pun dia hendak, dengan penyamun UMNO pun hendak, padan orang panggil penunggang. 


7) Bila Najib ke dalam, yang penting sekali admin-admin dia mati akal tak boleh post berlakon macam serba tahu. Dan kalau tuan-tuan lihat dalam tiktok, dan facebook sudah nampak angin perubahan, twitter tak payah cerita memang lubuk PH. 


8) PRU15 kalau rakyat pilih PH, banyak lagi skandal BN dan PN akan terbongkar. Kalau BN menang, mungkin skandal PN akan terbongkar, dan kalau PN menang vice versa. Hanya dengan pilih PH sahaja, dua-dua BN dan PN ini kita talkin kan bersama dan bongkar skandal mereka. 


9) Insyallah kalau bubar bila cukup penggal, kita semua akan all out, kita lawan biar ada fakta, bukan main akaun palsu bukan main falasi. Yang penting kita kena berusaha dan selepas itu kita bertawakkal. Insyallah dari 2020 waktu langkah Shereton lagi saya sebut, kemenangan pasti untuk mereka-mereka yang sabar.



No comments: