SEMAKAN
1. Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan sahkan sabitan DSNR atas kesalahan rasuah dan salah guna kuasa. Beliau juga dihukum 12 tahun penjara dan RM210 juta denda.
2. Mahkamah Persetukuan ni mahkamah tertinggi negara. Maknanya DSNR tak boleh lagi merayu ke Mahkamah lain. Kiranya dah langgar dinding.
3. Dulu saya pernah tulih, walaupun dah langgar dinding dan masuk penjara, DSNR ada dua talian hayat lagi. Satunya, pengampunan Di-Raja. Yang perlu dimohon dalam tempoh 14 hari dari tarikh jatuh hukum. Kalau tak seat Pekan dia dan segala Gaji dan keistimewaan dia sebagai MP hancur!
4. True enough, hari tu kita baca paper, 2hb hari tu, dia saja mohon mintak ampun dari Agong. Selagi Agong tak putuskan, kekallah dia jadi MP Pekan. Dia kekal lagu tu sampai PRU.
5. Lepas bubar Parlimen, yang paling lewat patutnya Julai 2023, dia langsung tak boleh tanding pilihanraya. Kecuali sebelum tu, Agong ampunkan dia. Lepas tu bolehlah diangkat semula.
6. Tapi, seribu kali tapi. Minggu lepas Agong dah sound. Walaupun sipi2 pandai2lah hadamkan sendiri. Kata Baginda, kuasa ampun ni bukan boleh bagi sewenang2nya. Kena pikirkan juga keadilan, patutnya tiada pilih kasih, antara marhein dan kayangan.
7. Makanya, pada saya, tersangap sikit la perancangan. Nak dapat pengampunan. Macam tak nampak jalan.
8. Alih seperti dijangka, kelmarin dia buka talian hayat kedua. Iaitu “SEMAKAN KEHAKIMAN” ke atas keputusan 5 orang Hakim Mahkamah Persekutuan. Benda ni dibolehkan dalam undang2.
9. Di macam ni la, kalau pakai anologi game bola. Dah masuk game final. Ref dah tiup wisel penamat dah. Tapi team satu ni masih tak puas hati. Dia mengadu kepada FIFA. Katanya Pengadil game final ni berat sebelah. Dia nak game final balik semula. Macam tu la akainya.
10. Benda ni dibolehkan. Kalau orang kampung tuan puan tanya. Cakapkan ada dalam Kaedah 137, Kaedah2 Mahkamah Persekutuan. Dalam tu dia bagi Hakim lain semak keputusan Hakim kes DSNR tu. Kalau salah, boleh la dapat bicara baru.
11. Tapi nak dapat bicara baru ni bukan senang, DSNR kena tunjuk dia tak dapat langsung keadilan sebenar. Atau Hakim2 ni langgar banyak peraturan undang2. Contohnya, dia langsung tak ada lawyer yang bela dia atau dia takde peluang nak defend diri sendiri.
12. Jadi tuan puan tengok la, taktik dia hari tu. Daripada pecat lawyer Shafee, lepas tu dia mintak lawyer Hisham tarik diri. 4 hari lepas tu dia pecat Zaid Ibrahim and the team. Ni semua nak tunjuk dia takde lawyer nak bela dia. Tapi nescaya Mahkamah nampak akai dia.
13. Lagi satu, dia nak tunjukkan dia tak boleh bela diri. Mahkamah tak bagi postpone lagi dan lagi. Tu sebab drama postpone diberi. Sampai sudah dia tak berhujah alasan rayuan dia yang 94 alasan itu. Tambah pulak alasan utama, derma Arab Mahkamah Rayuan dah dapati palsu.
14. Hakikatnya, DSNR bukan ditidakkan daripada bela diri. Dia yang menolak nak defend diri sendiri.
15. Ada jugak dia minta, sementara nak semak kes dia ni, dia nak dibebaskan dari penjara. Pada saya, mintalah apa saja. Mahkamah akan nilai dari aspek perundangan yang ada. Susah Mahkamah nak bagi saya rasa.
16. Seperti yang saya cakap selalu. Kes DSNR ni ada dua Mahkamah. Satu Mahkamah betul2 dan satu di Facebook. Makanya tuan puan kena berhati2 selalu. Spin dan propaganda mereka kalah yahudi hantu.
17. Depa cakap, kerja hakim ni, sebelah kaki dah masuk neraka. Pada saya, kerja politikus pulak belum apa2, 2 kaki dah masuk ke dalam, cuma pandai2 la dia nak cari jalan pulang.
18. Antara 9 Hakim yang bijaksana dan seorang politikus durjana, saya pilih set2 Hakim jua.
Salam hormat,
Liyana Marzuki