Nilai ringgit jatuh, inflasi melambung, Ismail Sabri PM gagal.


 Kejatuhan nilai watawang ringgit RM4.50 berbanding satu Dolar Amerika (AS) sejak minggu ini menimbulkan keraguan mengenai keupayaan pentadbiran Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam menangani ekonomi Malaysia.


Menurut Ahli Jawatankuasa Pusat DAP, Sheikh Umar Begharib Ali, kejatuhan nilai ringgit yang paling buruk dalam tempoh 20 tahun itu menunjukkan kekurangan keyakinan antarabangsa terhadap pentadbiran PM Ismail Sabri.


"Kejatuhan nilai ringgit sehingga RM4.50 per AS$ 1 adalah kegagalan ekonomi yang paling pahit buat negara dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini.


"Ia ditambah pula peningkatan kadar inflasi 4.4%, menjadikan yang terburuk dalam tempoh 14 bulan. Inflasi makanan mencecah 6.9% menjadikan berikutan peningkatan harga barangan yang tinggi. Kedudukan ini menjadikan negara mengalami kegagalan ekonomi paling parah dalam sejarah


"Malangnya, tiada usaha atau tindakan polisi kerajaan yang konkrit dan berkesan dilakukan oleh Kerajaan PM Ismail Sabri bagi membetulkan keadaan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut Naib Pengerusi DAP Johor itu lagi, penubuhan jawatankuasa jihad tangani inflasi sebelum ini bolehlah dianggap sebagai retorik politik kerana tidak mencapai matlamat mengurangkan inflasi. Selepas beberapa bulan, katanya, jawatankuasa itu hanya berjaya menurunkan harga barangan tertentu sahaja.


Malah menurut Sheikh Umar, penubuhan jawatankuasa itu lebih kepada projek politik PM Ismail kerana fungsinya bertindih dengan fungsi jawatankuasa sedia ada di peringkat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP


"Bukankah ianya seharusnya dikendali menteri KPDNHEP yang bertanggungjawab dalam hal ini? Di mana pula peranan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) yang diwujudkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) dahulu?


"Saiz kabinet PM Ismail yang besar ini tidak menampakkan nilai tambah kepada kerajaan, malah dilihat satu pembaziran wang rakyat.


"Bagi kami dalam PH, kegagalan terbaharu ini adalah kegagalan PM Ismail Sabri menguruskan ekonomi negara. Kegagalan beliau lebih parah daripada kegagalan kerajaan Tan Sri Mahiaddin Yasin sebelum ini," katanya lagi.


PM ismail Sabri dalam dua minggu ini menunjukkan imej yang baik apabila tidak campurtangan dalam urusan Mahkamah Persekutuan menghantar bekas PM Najib Razak ke penjara.


Bagaimanapun, sebagai PM, Ismail perlu membuktikan beliau mampu mengendalikan ekonomi negara dan bukan sahaja sedikit kemampuan 'memperbaiki' institusi tertentu dalam memastikan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.


No comments: