ADAKAH DERMA POLITIK BERSIH ?




 NIK HASYUDEEN


Macamana orang sekarang kata derma politik suci bersih?

Saya membaca penghakiman Mahkamah Persekutuan memgenai kes rasuah Datuk Harun Idris. Fakta kes ini jelas bahawa dia mahu mencari duit UMNO. Dengan sebab itu dia dipenjarakan.

Bermula dengan isu seorang Ketua Menteri, pandangan berkenaan derma politik sebagai rasuah telah berubah. Ianya adalah pandangan Peguam Negara. Masa tu saya berada dalam Panel Pemantauan Operasi SPRM.

Di dalam kes yang melibatkan seorang bekas menteri, sabitan rasuah di Mahkamah Tinggi dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan dengan keputusan 2-1. Malangnya Peguam Negara tidak merayu kes ini di Mahkamah Persekutuan. Jika tidak, kita boleh tahulah derma politik ni suci atau pun sebenarnya jenayah yang nak disucikan.

Mungkin dengan satu kes yang dibicarakan sekarang, perkara yang mengarut ini akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan. Harapnya derma politik dijenayahkan kembali macam kes Datuk Harun.

 

No comments: