JANGAN PELIK JIKA PENYAMUN DILATAN VVIP DI MALAYSIA

 

Penyamun memang dibenci ramai. Tapi ada 3 pihak yang takkan membenci penyamun.


Pertama, penyamun juga. Kalau penyamun benci penyamun, itu kerana persaingan. Kerana mereka berebut nak samun benda yang sama. Tapi kalau tak, mereka akan akrab.


Akrab sehingga ada penyamun jadi mentor kepada penyamun yang lain. Mungkin mereka boleh buat persatuan penyamun macam yang P. Ramlee sebut dalam filem Ali Baba Bujang Lapok.


Kedua, mereka yang tak terkesan oleh penyamun. Ertinya mereka tak pernah dan takkan disamun. Sama ada kerana penyamun itu takutkan mereka atau penyamun itu terhutang budi kepada mereka. Atau mungkin penyamun itu belaan mereka.


Ketiga, orang bodoh. Mereka ini adalah mangsa si penyamun. Tapi disebabkan kebodohan, mereka rasa si penyamun itu orang yang berjasa. Macam mana boleh jadi begitu?


Aku beri contoh. Seorang penyamun tanam durian di kebun si bodoh. Beratus batang. Itu perbuatan mencuri juga. Tapi si bodoh tak marah sebab bila tiba musim durian, penyamun tak lupa beri dua tiga biji kepada si bodoh.


Si bodoh pun rasa yang si penyamun baik orangnya. Sedangkan penyamun buat untung berlipat kali ganda dan si bodoh cuma dapat dia tiga biji sahaja. 


Begitulah. Jadi jangan pelik bila di Malaysia ini para penyamun boleh dapat layanan VIP. Kerana negara ini di penuhi oleh penyamun dan orang bodoh. Tapi apa nak buat, janji Melayu Islam. Guane boh?


 

Raja Gelap