JAGA JAGA ULAQ TEDUNG TAK KENAI TUAN...

 

Peguam negara perlu jelas kepada umum penyelesaian saman Apandi, kata Dr M



facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Penjelasan Peguam Negara Idrus Harun hanya melalui surat kepadanya
 tidak dapat mengelak kegusaran awam mengenai langkah penyelesaian
 di luar mahkamah, kata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

PETALING JAYA: Peguam Negara Idrus Harun perlu tampil memberi penjelasan berhubung langkah penyelesaian di luar mahkamah kes saman bekas peguam negara, Mohamed Apandi Ali terhadap dirinya kepada umum, kata Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, penjelasan Idrus hanya melalui surat kepadanya tidak dapat mengelak kegusaran awam berhubung perkara itu.

“Ya, saya terima surat daripada dia (Idrus Harun). Biasanya surat itu rahsia. Saya tak boleh cakap, sepatutnya dia bagi tau kepada orang ramai.

“Saya tak terima dia punya penjelasan. Baik peguam negara sekarang, Apandi pun saya tak terima,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Bekas perdana menteri yang juga Ahli Parlimen Langkawi itu, berkata sepatutnya perkara itu turut dibawa ke mahkamah bagi membolehkan masyarakat awam menilai pihak mana yang bersalah.

“Sepatutnya pergi ke mahkamah, tengok betul ke tidak tuduhan kononnya kita buang secara tidak mengikut undang-undang atau pun peraturan.

“Sebab sebelum ini kita kerap kali buang pegawai (kerajaan) yang tidak jalankan tugas dengan baik, kita memang keluarkan daripada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, antara tindakan yang pernah diambil termasuk memberi cuti, menempatkan pegawai secara sementara di jabatan lain sebelum menamatkan perkhidmatannya.

“Tindakan seperti itu bukan baharu dan untuk Apandi sahaja, malah orang lain pun kena, tetapi orang lain tak ada buat tuntutan.

“Malah, kita nampak dia berat sebelah sebagai Peguam Negara, sepatutnya dia tak boleh memihak kepada mana-mana pihak,” katanya.

Menurutnya, kerajaan tidak sepatutnya membayar pampasan kepada bekas peguam negara itu, kerana tindakan dikenakan terhadapnya mengikut peraturan ditetapkan.

Hari ini, Idrus berkata beliau telah memaklumkan kepada Mahathir mengenai terma penyelesaian berkaitan saman difailkan Apandi terhadap bekas perdana menteri itu dan kerajaan Malaysia.

Beliau berkata, berikutan penyelesaian itu, plaintif iaitu Apandi, telah menarik balik tindakan undang-undangnya berhubung penamatan kontraknya sebagai peguam negara.


No comments: