PAKAT LARI MAI DOK PENANG TAK MAU BALIK SEBAB INFRASTUKTUR KETINGGALAN 20 TAHUN...TU PUN JANGAN...NAK BELAT AYAQ....BUSUK HATIPERUT..

 


Infrastruktur air ketinggalan 20 tahun, punca gangguan bekalan di Kedah




facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Kedah memerlukan sekurang-kurangnya tiga tahun lagi bagi
 membangunkan semula infrastruktur berkaitan bagi menangani
 masalah gangguan bekalan air di negeri itu, kata Menteri Besar Sanusi
 Md Nor.

PETALING JAYA: Infrastruktur bekalan air di Kedah yang ketinggalan antara 15 hingga 20 tahun, selain kebanyakan loji rawatan air (LRA) dalam keadaan uzur menyumbang kepada gangguan bekalan air di negeri berkenaan.

Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor, berkata kerajaan Kedah memerlukan sekurang-kurangnya tiga tahun lagi bagi membangunkan semula infrastruktur berkaitan bagi menangani masalah gangguan bekalan air di negeri itu.

Katanya, sehubungan itu, masalah bekalan air mencetuskan rasa kurang selesa dalam kalangan penduduk terutamanya di daerah Kuala Muda, Sik dan Baling, ketika Aidilfitri.

“Kebanyakan masalah yang berlaku ini adalah di hujung sistem bekalan yang menyebabkan tekanan air menjadi rendah, memang kita jangka berlaku peningkatan penggunaan sehingga 30% atau lebih 1,000 juta liter sehari (MLD) berbanding kebiasaan kira-kira 700MLD.

“Kita memang tidak dapat tampung kerana infrastruktur yang ada dibina sejak puluhan tahun lalu, kerajaan negeri mula bangunkan semula infrastruktur air pada 2010, tetapi ia memerlukan masa untuk diselesaikan. Jadi sama seperti saya yang bersabar, orang ramai juga perlu sabar menunggu semua infrastruktur siap,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Sanusi berkata, ketika ini pembinaan lima LRA baharu juga sedang dilakukan membabitkan kos RM931 juta dan proses penggantian sistem bekalan air pula membabitkan kos RM970 juta.

Katanya, berikutan kos keseluruhan yang terlalu besar, kerajaan negeri terpaksa mencari syarikat swasta bagi melabur dalam projek berkaitan penggantian sistem perpaipan yang mengakibatkan kehilangan air tanpa hasil (NRW) sehingga 50%.

“Kita sudah mendapat kebenaran Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan hanya menunggu kelulusan menteri alam sekitar dan air di mana syarikat swasta akan melabur selama 15 tahun bagi mengatasi masalah NRW yang disasarkan turun kepada 25%.

“Kita perlu ganti sistem perpaipan kerana sekiranya LRA siap dibina dalam tempoh tiga tahun, ia akan mengepam lebih banyak air dan menyebabkan kita kehilangan lebih banyak NRW. Penjimatan daripada NRW ini kemudian akan dikongsi bersama pelabur terbabit,” katanya.

Beliau menjelaskan, SADA juga tidak boleh beroperasi dalam keadaan rugi berterusan kerana syarikat itu perlu terus melabur dalam meningkatkan infrastruktur bekalan air sedia ada.

“Pada 2019, SADA mengalami kerugian sehingga RM36 juta, pada 2020 SADA mula catat keuntungan dan pada tahun lalu kita catat keuntungan sebanyak RM27 juta. Semua lebihan ini kita guna untuk pertingkat infrastruktur air demi rakyat.

“Orang ramai perlu faham bahawa masalah bekalan air ini buka berlaku di Kedah sahaja, negeri maju seperti Selangor juga hadapi masalah sama. Kita sedang usaha selesaikan semua masalah ini dalam tiga tahun, sementara itu semua pihak perlu bersabar,” katanya.

No comments: