Picit pam secara perlahan boleh dapat minyak lagi banyak, fakta atau auta?

 


Picit pam secara perlahan boleh dapat minyak lagi banyak, fakta atau auta?


Rakyat kita suka betul akan fakta-fakta yang menarik, lebih-lebih lagi benda yang melibatkan urusan harian. Tetapi berdasarkan apa yang pernah menjadi topik bualan hangat, bukan semuanya betul.

Sesetengah daripadanya hanya dibuat berdasarkan bijaksana dan andaian sendiri sahaja. Contohnya seperti enjin kereta yang perlu dipanaskan terlebih dahulu sebelum bergerak dan tekan butang push start 3 kali untuk hidupkan enjin.

Kali ini, sebuah lagi fakta menarik sedang hangat dibincangkan oleh netizen sehingga mendapat perhatian Pengarah Urusan Shell Malaysia sendiri iaitu Encik Shairan Huzani atau dikenali dengan panggilan Pakcik Shell. Apa yang kami maksudkan disini ialah mengisi minyak secara perlahan boleh memberikan anda lebih minyak. Jadi benarkah fakta ini atau auta semata-mata?

Tanpa melengahkan masa, beliau sendiri mengulas berkenaan topik ini. Daripada apa yang dibentangkan, kita dapat lihat bahawa dari segi fizik sekalipun, kelajuan aliran cecair tidak akan mengubah jumlah yang dihantar. Yang berbeza hanyalah kelajuan hembusan minyak dari pam tersebut.

Perkara ini sendiri termaktub dalam prinsip Bernoulli yang dilaraskan oleh persamaan P1+1/2PV1^2 = P2+1/2PV2^2. Melihat persamaan ini sahaja sudah cukup untuk fahamkan anda bahawa minyak takkan dikeluarkan lebih sekiranya pam dipicit perlahan ataupun pam itu sendiri yang perlahan. Pendek kata, jumlah yang diberi adalah sama dengan jumlah yang diterima.

Anda boleh kaji sendiri sewaktu menuam air ke dalam cawan, Tidak akan ada beza langsung kalau ia dituam perlahan ataupun cepat. Isipadu yang terkandung dalam cawan nanti tetap akan sama.

Dari segi logik akal juga, anda boleh minum sendiri dan rasa banyak mana air yang telah ditelan. Kalau anda minum perlahan atau laju sekalipun, isipadu air yang masuk ke dalam mulut tetap akan sama. Takkan makhluk halus nak curi-curi sedut kan? Jadi, renung-renungkanlah.

No comments: