KELANTAN TAK ADA AIR :

 

HUSAM MUSA

Loji Kg Telok : MB Sanggup Letak Jawatan?

(Siri I)

Media melaporkan ucapan MB Kelantan seperti berikut :

Kegagalan LRA Kg Telok Selesai Empat Bulan Lagi

• Oleh: Jun Hamid

• January 21, 2022

'Kota Bharu: Masalah Loji Rawatan Air (LRA) Kampung Telok di sini yang gagal menghasilkan air terawat pada kadar 30 juta liter sehari (JLH) seperti piawaian ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dijangka selesai dalam tempoh empat bulan'.

Di atas adalah petikan ucapan MB seperti disiarkan media.

Empat bulan dari 21 Januari 2022 - isu kegagalan Loji (baru) Aksb Kg Telok, Pengkalan Chepa membekalkan air seperti sepatutnya akan di atasi. Kata MB kita.

Sampai HARI INI, MASALAH BELUM SELESAI.

Hari ini - 6 Mei 2022 - tinggal 15 hari saja lagi cukup EMPAT BULAN!

Boleh ke masalah Loji ini di atasi dalam masa baki 15 hari ini??

Kalau tak dapat selesai, sanggupkah MB letak jawatan?

Atau MB arahkan Pengerusi Air Kelantan - YB Datuk Azami ambil tanggung jawab letak jawatan?

Macam mana boleh selesai kalau kontraktor untuk selesai pun belum boleh dilantik?

Kan kontraktor asal I Setia enggan menerima penamatan? Kerana dalam kontrak asal, projek ini berasaskan design and build? Yg Bermakna mereka kena diberikan tugas dan peluang untuk betulkan apa yg kurang?

MB pula dah terlepas cakap nak lantik kontraktor ketiga :

' Satu lagi cadangan ialah AKSB menerima LRA Kampung Telok dengan kapasiti 10 JLH sebelum melantik pihak ketiga untuk kerja penambahbaikan'.

Jangan pandai cakap, tak berani ambil tanggung jawab.

Dah cakap boleh selesai EMPAT BULAN, tak selesai - kena rasa malu lah sikit. Harakiri.

Siri seterusnya akan cuba mengajak Rakyat Kelantan menyiasat apa punca projek Loji Air Aksb yg baru di Kampung Telok ini GAGAL.

Sebab itu Save Kelantan cadangkan ditubuhkan SURUHANJAYA SIASATAN PUNCA KEGAGALAN AKSB.

Demi menyelesaikan masalah yg tak pernah selesai. AIR CUKUP DAN BERSIH UNTUK RAKYAT KELANTAN.

Husam Musa

5 Syawwal 1443H

6 Mei 2022

#SaveKelantan


No comments: