SEMUANYA SUDAH TERLAMBAT

 


‘Adakalanya saya tak harap dah nak pulih’, kata Dr M




Dr Mahathir Mohamad mengucapkan terima kasih kepada IJN kerana
 merawatnya sehingga pulih daripada penyakit yang ‘amat teruk’.

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad tidak menyangka dirinya akan sembuh selepas menjalani beberapa sesi rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

“Adakalanya saya tak harap dah nak pulih, tetapi Alhamdulillah dengan rawatan yang diberi di IJN, saya pulih.

“Waktu ini saya boleh berjalan, saya boleh makan, saya boleh tidur, saya boleh duduk, ‘almost’ macam biasa, tetapi tidaklah begitu kuat nak buat kerja apa semua, tetapi saya harap saya akan pulih,” katanya menerusi video yang dimuat naik ke Twitter.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan dirinya sembuh.

“Saya ucap terima kasih kerana ramai yang berdoa untuk saya pulih dan hasilnya ialah saya telah pulih daripada satu penyakit yang bagi sayalah amat teruk.”

Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada 7 Jan lalu dan dibenarkan keluar 13 Jan lalu.

Ahli Parlimen Langkawi itu menjalani prosedur perubatan elektif yang dikendalikan sepasukan doktor IJN dan Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 8 Jan lalu.

No comments: