APA HAL PULAK PPBM NIH....

 

Ada yang tanya pendapat aku tentang PPBM yang minta PH beri laluan kepada mereka untuk kerusi Melayu luar bandar.

Sebenarnya bagi aku tiada apa yang perlu dikomen melainkan jika PH bersetuju tunaikan permintaan gila mereka.
Ini jelas menunjukkan mereka terdesak. PPBM tahu mustahil untuk mereka menang kali ini. Mereka cuma mahu kekal ada kerusi bagi membuktikan kononnya mereka masih relevan.
PH punya peluang sama banyak dengan BN untuk menang dalam PRN Johor ini. Yang pasti kalah adalah PN.
Jika PH beri laluan kepada PN, sama seperti PH beri BN menang tanpa bertanding. Satu kerugian yang amat besar.
Untuk apa beri laluan kepada PPBM? Sehingga kini tak pernah mereka mohon maaf atas perbuatan jahat mereka mengkhianati PH.
Bahkan pemimpin mereka tak habis kecam PH walaupun ketika PH memerintah dahulu PM adalah daripada PPBM sendiri.
Kalau PH beralah kepada PPBM, bermakna PH macam budak badan besar yang kena pow oleh si keding di sekolah.
PRN Johor akan jadi kubur buat Mahiaddin dan PPBM. PH tak perlu beralah. PPBM adalah parti tamak yang paling bodoh di dunia.
Mereka boleh bentuk kekuatan bersama PH tapi memilih untuk khianat kerana haloba. Sekarang mereka jadi melukut di tepi gantang. Rasakanlah. Guane boh?