BILA MENJELANG PILIHANRAYA DAN HARIRAYA

 





NORMAN RADZUAN


BILA DKT PILIHANRAYA & HARI RAYA

Kerajaan jangan buat rakyat panik
CONTOHI NEGARA EROPAH...
UK, Sweden dan byk negara lagi telah melonggarkan SOP Pandemik Covid19 walaupun Omicran sdg menyerang. Di Parlimen UK baru2 ini, Boris Jonhson memaklumkan di UK tidak perlu lagi memakai mask, tiada lagi ujian PCR utk pelancong, no more social distancing dan no more work frm home.
Alasan Sweden pula hasil kajian dilakukan Omicran walaupun bergerak pantas tapi ia tidak merbahaya. Adakah negara2 maju seperti UK, Sweden, France dan byk lagi itu mereka tidak memikirkan soal keselamatan rakyat? Kata Pak Jokowi Omicran ini cukup rawatan di rumah sahaja.
Jika berdasarkan data yg diberikan oleh kerajaan, negara kita mempunyai peratusan yg tinggi yg mengambil vaksin dan booster dose. KJ pula mahu rakyat mengambil booster alasan virus Omicran... ini zaman teknologi yg kita boleh google utk mendapatkan fakta sebenar.
Negara2 maju mengambil data bukan lagi berapa jumlah kes tetapi berdasarkan mereka yg kritikal. Ini kerana dikhabarkan 80% kes adalah tidak bergejala. Jadi KKM jgn buat rakyat panik. Rakyat memang percaya covid19 sebab itu Malaysia antara teramai di dunia rakyatnya divaksinasi.
Kerajaan kena faham atau faham tetapi sengaja buat2 tak faham mentaliti org Malaysia. Contoh org Melayu di Malaysia ini lebih takutkan babi dari perasuah. Lebih takut makan ayam tak potong dari makan duit haram, lebih takut Cina yg jujur dari Melayu kaki penipu, lebih percaya kpd Ulama Suu daripada kata2 org yg jujur.
Rakyat sudah la nak dpt RM 10k duit sendiri pun kerajaan tak beri tapi yg mereka dpt kes Covid 10k. Kemudian berbillion wang rakyat diberikan pinjaman kpd tauke judi tanpa cagaran tidak mengapa. Rakyat tgh susah jgn timbulkan suasana panik.
Jelaskan dgn betul sepertimana negara barat bahawa Omicran walaupun bergerak pantas tetapi ia tidak merbahaya. Rakyat dah menyampah setiap kali nak pilihanraya dan hari raya kes meningkat.
Rasanya bila kerajaan tahu corak pemikiran rakyat Malaysia yg mudah panik dgn angka.... tak perlu umum jumlah positif lagi. Just umum mereka yg masuki hospital sudah la.
Hari ini suasana di KL mahupun di bandaraya KK ini mula sunyi. Tanda rakyat mula panik. Jika benar 10k maklumkan sahaja berapa stage 1 dan 2.
Kalau betul kerajaan prihatin sgt batalkan pilihanraya, jgn benarkan rakyat bercuti ke Langkawi, jgn benarkan rakyat menaiki kapal terbang yg tiada langsung penjarakan sosial. Kenapa ia tak berlaku?... Adakah sebab ia melibatkan kepentingan tauke2 besar?
Saya beri candangan jika mahu rakyat mengambil booster mesti ada surat perjanjian kedua pihak. Mereka yg diwajibkan ambil booster hendaklah menjalani ujian kesihatan dahulu supaya jika berlaku apa2, KKM tidak lagi hanya beri alasan kebetulan.
Jika berlaku kesan sampingan vaksin kerajaan hendaklah menanggung sepenuhnya sepanjang pemulihan pesakit tersebut. Biar win win situation... Ia sekadar pandangan daripada rakyat dan kerajaan terus berbalah mengenai vaksinasi ini.
Kamu suruh rakyat ambil vaksin 90% rakyat ambil vaksin. Suruh ambil booster pun ramai yg ambil. Cukup2lah jgn paksa mereka lagi.
Tanya saya.. ya saya ambil vaksin. Saya percaya Covid19, Delta, Omicron dan pelbagai virus lagi. Yg saya bincangkan cara kerajaan menguruskan. Saya nak beritahu jgn buat rakyat panik.



No comments: