DILAHIRKAN DENGAN BERBULU LEBAT, BAYI INI DIPANGGIL DENGAN NAMA TIMANGAN " MONYET

 



SEORANG ibu terkejut apabila bayi perempuannya dilahirkan dengan bulu halus lebat berwarna hitam di seluruh lengan dan belakangnya.

Dek kerana situasi aneh itu, wanita berkenaan memberi bayinya nama timangan ‘monyet’.

Britney Budhi menyambut kelahiran bayi perempuannya, Teyana, tiga minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan pada September lalu.“Saya tahu mungkin bayi dilahirkan dengan bulu pada badan tetapi saya tidak menjangkakannya.

“Apabila dia keluar, saya juga bergurau bahawa dia kelihatan seperti monyet kecil.

“Sesetengah orang menganggapnya sebagai komen yang kejam – tetapi saya fikir ia sangat comel,” kata pendandan rambut dari Sydney, Australia itu.

Wanita berusia 29 tahun itu dan pasangannya, Tariq Ladhani, 36, meyambut kelahiran anak perempuan mereka melalui kaedah pembedahan C-section pada 16 September 2021.

Bayi kecil itu dilahirkan seberat 2.2 kilogram.

Untuk makluman, situasi bayi tersebut dikenali sebagai ‘Lanugo’ iaitu bulu-bulu halus yang tumbuh ketika bayi berada di dalam rahim, di mana ia akan beransur-ansur hilang selepas beberapa minggu kelahirannya.

Dikatakan bulu berkenaan mengambil masa untuk hilang sekiranya bayi dilahirkan pramatang..

No comments: