NORMAN RADZUN
PUNCA SEBENAR KENAPA PH DITOLAK RAKYAT
Ketika di KL skg ini hampir saban malam saya menerima tetamu utk berbicara dari pelbagai pihak samada dari parti sendiri yg pelbagai pendirian, rakan parti komponen dan rakan parti lawan.
Kadang2 saya rasa gembira kerana diterima oleh kawan dan lawan utk berbicara. Ia sgt profesional. Antara topik yg sering dibicarakan tentulah kenapa PH ditolak?
Kebanyakan mereka bertanya mereka memberikan jawapan sendiri. Kata mereka dlm bahasa lembutnya Anwar perlu mencari pengganti atau dlm maksud lainnya Anwar sudah tidak relevan. Ada yg kata kena berikan kpd nama2 tertentu di dlm parti dan sebagainya.
Tapi jawapan saya kpd mereka... Anwar masih relevan hingga PRU16. Bukan membodek tetapi saya tidak nampak pelapis yg benar2 mampu mengambil tugas tersebut. Ya selepas itu (PRU16) jika beliau gagal utk membawa kemenangan kpd PH, Anwar sudah boleh meletakkan calon penggantinya atas faktor usia.
Kenapa saya kata beliau masih relevan? Jika pernah berbicara empat mata atau di meja bulat anda akn tahu betapa tajam pemikiran politiknya. Cuma beliau mendapat tentangan kerana prinsip politiknya yg tegas kpd rasuah.
Yg pihak mengatakan beliau tidak relevan adalah Mahathir iaitu individu yg paling takut jika Anwar menjadi PM. Siapa lagi selain Mahathir... anak beliau Mukhriz.
Mukhriz mengatakan masa Anwar sudah berlalu. Atas dasar apa beliau berkata demikian? Usia... bapanya jauh lebih tua ketika menjadi PM kali kedua. Muhyiddin ketika menjadi PM berusia 72. Tak pernah berbangkit soal usia.
Tak mengapalah....Muhkriz jika menyokong Anwar tentulah kita pelik sb dia anak Mahathir tetapi yg pelik bila ada pimpinan parti komponen PH yg senada.
Tanya saya dlm perbualan bersama dgn beberapa rakan... saya tegas mengatakan punca PH menjadi lemah kerana Mahathir telah melemahkan PH dari dalam. Hingga rakyat melihat PH tidak berpegang kpd janji.
Malah Mahathir walaupun telah meninggalkan PH beliau dilihat seolah telah cuba pecah dan perintah terhadap PH sehingga ada segelintir pimpinan dari DAP dan Amanah terpedaya dgn helah Mahathir.
PUNCA PH DITOLAK? Bukan kerana Anwar... pergilah buat kaji selidik di lapangan di kalangan org2 Melayu. Daripada kaji selidik saya dan daripada pandangan rakan2 media yg mereka maklumkan kpd saya, pengundi Melayu menolak PH 80% kerana DAP dan 10% kerana Anwar dan 10% kerana faktor2 penyumbang yg lain.
Jadi saya katakan, sgt menyedihkan apabila segelintir pimpinan DAP dan segelintir pimpinan Amanah seolah olah bersetuju utk PH mencari 'Ketua' yg baru. Kononnya penolakkan rakyat kpd PH kerana faktor Anwar. Itu tidak benar sama sekali dan mengapa mudah diperdayakan oleh Mahathir.
Pimpinan DAP perlu sedar diri org Melayu menolak PH kerana DAP. Ini fakta bukan andaian tapi kerana tuding jari pada org lain. Tapi Anwar tidak pernah mengkritik DAP. Anwar tak pernah kata DAP liabiliti PH utk menarik undi Melayu.
Yg selalu saya dgr Anwar mahu PH perkukuhkan permuafakatan ini. Tak pernah beliau secara terbuka menyalahkn DAP atau mahu mengajak PH meninggalkan DAP.
Pimpinan PH kena sedar bagaimana Najib yg menghadapi tuduhan rasuah berbillion ringgit imejnya kembali melonjak. Malah UMNO kembali pulih walaupun pemerintahan mereka penuh dgn korupsi.
Jadi adalah lebih baik kita lupakan soal mencari salah siapa atau mahu khemah besar. Duduk semeja dan tolak anasir luar yg sengaja ingin kita berpecah. Jgn ambil jalan pintas dan mudah salahkan org itu dan ini.
Buat kerja ambil posisi parti masing2. PKR kawasan Melayu bandar, Amanah kawasan luar bandar dan DAP fokus kpd pengundi Cina. UPKO rakan baru pula fokus kpd pengundi Sabah.