KATANYA BERBELANJA IKUT KEMAMPUAN

 


KBS (Kementerian Belia dan Sukan, BS tu bukan bulls**t) berkata tindakan memotong elaun atlit itu kerana mahu berbelanja mengikut kemampuan.

Bagus sebenarnya. Betul sangatlah. Kenapa nak berbelanja melebihi kemampuan kan? Jangan ikut macam kerajaan pusat. Dah tahu dah negara dah tak ada duit, tapi belanjanya, amboimak! Bukan main lagi macam kaya sangat.

Lantik penasihat sana, lantik duta sini, beri orang itu jawatan, beri orang ini jawatan. Renovate rumah begitu, hias pejabat begini. Akhirnya rakyat susah, nak keluarkan duit KWSP sendiri pun tak dapat. Jangan macam tu tau!

Raja Gelap