DAH KENA HENTAM KIRI KANAN...KAU NAK NGADU KE AYDPA PULAK....KEH..KEH...KAU YANG KELUARKAN KENYATAAN ..KAU SALAHKAN AHLI YANG LAIN...

 


(KEMAS KINI) Laporan media tak tepat, tak menyeluruh penyebab 6 ahli LPPR jauhkan diri, kata Abu Zahar





PUTRAJAYA: Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Abu Zahar Ujang berkata kenyataan terbuka enam anggota lembaga itu yang menjauhkan diri daripada kandungan kenyataan media pada 5 Jan dipercayai reaksi daripada laporan tidak tepat oleh media.

Dalam sidang media, Abu Zahar yang kecewa dengan tindakan enam anggota itu menegaskan beliau sudah pun melampirkan kenyataan media penuh sebanyak 13 muka surat namun, malangnya ia tidak dilaporkan secara menyeluruh oleh sesetengah media sehingga menyumbang kepada salah tanggapan dalam kalangan masyarakat.

“Terdapat pelbagai isu selain berkaitan alegasi salah laku terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) Azam Baki yang diberi pandangan dan pendapat LPPR, tetapi itu pun tidak disentuh dan dilaporkan media. Apatah lagi, video berkaitan sidang media (5 Jan) yang tular cuma memaparkan sebahagian kecil kenyataan saya,” katanya.

Bagaimanapun, Abu Zahar berkata, sebagai Pengerusi LPPR, beliau sedar dan maklum bahawa lembaga itu tidak mempunyai kuasa untuk melakukan siasatan sendiri berkaitan sebarang salah laku jenayah terhadap mana-mana pegawai SPRM.

Justeru, beliau menyerahkan kepada budi bicara mutlak kerajaan dan Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan kedudukannya sebagai Pengerusi LPPR sekiranya kenyataan media pada 5 Jan memberi fahaman tidak dihasratkan sehingga menjatuhkan nama baik SPRM.

“Saya semestinya akan akur dengan dengan keputusan itu,” katanya yang terus meninggalkan sidang media tanpa menerima sebarang soalan daripada media.

Sidang media itu juga telah bermula terlebih awal sebelum FMT dan beberapa agensi portal lain dibenarkan masuk selepas hampir satu jam menunggu di luar pagar bangunan SPRM itu.

No comments: