HAMZAH RIE NA
Pendirian Zahar Ujang bukan pendirian 6 ahli Lembaga Penasihat2
SPRM. Haaaa ambik kawww!!!
AZAM Baki berada didalam kawah sup panas.
Nampaknya kenyataan Takiyuddin dan peja membela Azam Baki
menampakkan ketidak cerdikan masing2. Termasuklah ustaz petir yg membela
perkara mungkar.
ENAM ahli Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) menjauhkan diri daripada tindakan pengerusi untuk membebaskan
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki daripada sebarang dakwaan salah laku pemilikan
saham.
Ahli lembaga itu dalam satu kenyataan berkata mereka tidak
berkongsi pandangan Pengerusi Lembaga Penasihat Anti Korupsi SPRM (Acab) Abu
Zahar Ujang dalam isu itu.
“Kami dengan terang dan jelas ingin menyatakan yang ahli lembaga
pada mesyuarat atau pada bila-bila masa selepas itu tidak meluahkan pandangan
seperti yang dipetik daripada Abu Zahar,” katanya dalam kenyataan bersama
dikeluarkan hari ini.
Mereka merujuk kepada kenyataan Abu Zahar yang berkata lembaga
mendapati Azam Baki tidak melakukan sebarang kesalahan selepas mendengar
penjelasannya tentang saham milik adiknya menggunakan akaun perdagagangannya.
Saham itu kemudiannya dipindahkan kepada adiknya, dan kerana itu
tidak wujud konflik kepentingan, tambahnya.
Ahli lembaga pengarah itu berkata pandangan yang dikeluarkan
pada sidang media Rabu lepas, adalah keseluruhannya pandangan peribadi Abu
Zahar.
Mereka berkata sebelum sidang media dibuat, mereka mengadakan
perbincangan berasingan dengan Abu Zahar dan mencadangkan supaya isu itu
dirujuk kepada jawatankuasa bebas, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk
Korupsi atau Panel Aduan SPRM.
Bagaimanapun, pandangan dan cadangan mereka tidak disebut Abu
Zahar pada sidang media yang dibuat.