ABANG VIVA PAKAI KERETA KECIL JA PUN...SELAMATKAN BERPULUH MANGSA....

 

Rayuan beli kenderaan 4×4: Jabatan Amal kena kecam


Rayuan sumbangan oleh beberapa badan sukarelawan Pas, Jabatan Amal Malaysia di peringkat negeri mahu pun daerah dengan sasaran kutipan lebih RM100,000 dilihat hanya mengundang kecaman warganet.

Jabatan Amal Malaysia Negeri Sembilan dalam poster maklumannya dilihat mula membuat rayuan sumbangan untuk membeli kenderaan pacuan empat roda (4×4) pada 23 Disember lalu.

Lima hari selepas itu, Jabatan Amal itu menerusi Facebook rasminya memberitahu perkembangan kutipan.

“Kutipan sumbangan sehingga kini (28 Disember) baru sahaja mencapai RM 1,610.00,” katanya.

Semakan Malaysia Dateline mendapati sehingga pagi ini tiada makluman terbaharu berkaitan hasil kutipan tersebut.

Rayuan sama dikemukakan Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ketereh di Kelantan dengan sasaran kutipan sebanyak RM130,000 untuk membeli kenderaan jenis Toyota Hilux.

Jelasnya, kenderaan itu perlu untuk memudahkan urusan kemasyarakatan dan kebajikan di dalam atau di luar negeri Kelantan.

Mereka turut berkongsikan pengalaman turun padang dengan dua unit kenderaan yang dipinjam ke kawasan banjir di Kuala Krau, Kuantan dan Temerloh Pahang pada 22 hingga 26 Disember lalu.

“Dalam perjalanan, kami sedikit diuji dengan kerosakan kereta di tengah jalan. Tapi kami tetap dapat selesaikan misi pemulihan banjir ini.

“Sehubungan dengan itu, kami bercadang untuk membeli sebuah Hilux kenderaan rasmi Jabatan Amal Kawasan Ketereh,” rayu Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ketereh lagi.

Turut memuat naik poster rayuan sumbangan ialah Jabatan Amal Malaysia Kawasan Kuala Krau di Pahang.

Memberitahu bahawa unit kenderaan pacuan empat roda yang mereka guna sebelum ini “hanyalah pinjaman”, Jabatan Amal yang berpusat di daerah Temerloh itu merayu orang ramai agar memberi sokongan kepada mereka melalui infaq “dengan penuh seikhlas hati”.

“Insya-Allah sejumlah wang yang anda infaq akan menjadi bekalan pahala yang berterusan hingga ke Hari Akhirat. Aamiin,” katanya diakhiri beberapa tanda pagar termasuk #semutmerah.

No comments: