KALAU NAK IKJUT ATOK BIARKAN WARISAN TERUSKAN DENGAN ANGAN ANGAN

 

Meski tampil sebagai alternatif, Warisan masih perlu PH, kata penganalisis





Parti Sabah, Warisan telah cuba menampilkan dirinya sebagai alternatif kepada tiga gabungan besar dalam arena politik.

PETALING JAYA: Warisan masih perlu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) jika ia berharap memberi impak dalam pilihan raya akan datang, walaupun cuba meletakkan dirinya sebagai alternatif kepada gabungan pembangkang, kata seorang penganalisis.

Bekas ahli akademik, Azmi Hassan berkata, tidak banyak yang dapat ditawarkan parti yang diterajui Shafie Apdal itu kepada pengundi Semenanjung kerana ia berpangkalan di Sabah dan membawa bersamanya “stigma berjuang hanya untuk rakyat Sabah”.

Namun, parti itu mungkin menjadi menarik bagi pengundi jika ia bekerjasama dengan parti MUDA pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memandangkan parti itu baharu dan “menyegarkan” dari segi ideologi.

“Saya anggap Warisan-MUDA sebagai pakatan pembangkang dan ia menarik bagi pengundi yang tidak menyokong kerajaan, iaitu Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

“Namun untuk Warisan-MUDA membawa impak dalam arena politik, mereka perlu bekerjasama dengan PH. Atau mereka boleh mesra dengan BN dan PN, seperti apa yang GPS lakukan sekarang,” katanya.

Naib Presiden Warisan Junz Wong baru-baru ini menggesa rakyat untuk memberi peluang kepada partinya dan MUDA pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, dengan berkata, Warisan boleh memenuhi kekurangan kepimpinan di negara ini.

Azmi berkata, alasan Wong tidak kukuh memandangkan Warisan kehilangan kerajaan negeri kepada Gabungan Rakyat Sabah pada PRN Sabah 2020, sambil menambah, ini bermakna parti itu juga harus dipersalahkan atas ketidakpuasan hati pengundi.

Peluang bagi Warisan

Bagaimanapun, Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, kekalahan pada PRN adalah disebabkan kegagalan UPKO menunaikan tanggungjawabnya, sambil menambah, Warisan berjaya memenangi kebanyakan kerusi ditandingi.

Beliau memberitahu FMT, kata-kata Shafie dapat diterima ramai yang mahukan Malaysia yang lebih progresif, manakala persefahaman politik PH dengan kerajaan Ismail Sabri Yaakob mungkin menyebabkan sesetengah pihak tidak berpuas hati dengan gabungan itu.

“PH boleh terus mengekalkan mana-mana penyokong yang dapat mereka kekalkan, dan Warisan akan dapat meraih sokongan mereka yang kecewa atau tidak berpuas hati dengan PH tetapi tidak sanggup menyokong PN atau BN.

“Terutamanya kepada kohort inilah Warisan dapat menampilkan dirinya sebagai alternatif, dengan harapan mereka yang tidak kisah untuk keluar mengundi (di Melaka dan Sarawak) akan keluar mengundi untuk mereka sebaliknya.”