LEMBAB

 Memang serba-serbi lembab.

Rakyat menjerit tentang harga barangan meningkat naik ni bukan baru lagi. Tapi Ismail macam baru tersedar. Baru nak pengerusikan mesyuarat. Tarikh pun tak ada bermakna belum plan pun lagi.
Ini pun mungkin sebab DUN Johor bubar. Kalau tak, sampai sudah dia buat tak tahu. Iyalah, dia bukan pergi ke pasar pun. Segala-galanya percuma. Mana dia faham kesudahan marhaen.
Umpama kancil yang lantik harimau jadi ketua. Bila hutan kena tebang sampai kancil tak ada makanan lagi pun, harimau buat tak tahu. Sebab harimau tak makan tumbuhan. Makanan harimau tu sang kancil!
Gila kalau masih ada yang percaya kerajaan ambil tahu kesusahan rakyat. Terlampau banyak bukti yang kerajaan ini hanya pentingkan diri sendiri. Mereka jaga mereka. Rakyat pandai-pandailah.