*DATUK SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI, BEREHATLAH DAN FOKUS KEPADA PERBICARAAN 47 PERTUDUHAN DI MAHKAMAH*

 Mahkamah telah memutuskan bahawa YB Presiden UMNO, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi untuk membela diri bagi kesemua 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.


Aku sempat hadir di perkarangan mahkamah pada hari inI dan mendengar sendiri kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Presiden UMNO bahwa beliau akur atas keputusan yang dibuat oleh mahkamah dan pasukan peguam beliau akan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh mahkamah. Syabas diucapkan kepada YB Presiden diatas semangat untuk membuktikan diri beliau tidak bersalah.


Namun jauh disudut hati sebagai seorang penyokong tegar UMNO dan Barisan Nasional, aku berharap agar YB Presiden untuk memberikan tumpuan sepenuhnya untuk membela diri dan membersihkan nama beliau sebaik-baiknya. Kerana 47 pertuduhan tersebut bukanlah satu perkara yang ringan dan mudah. Ia memerlukan satu penumpuan tenaga yang sangat kuat dan konsisten untuk memastikan ianya berjalan dengan baik dan seterusnya dapat membersihkan nama beliau.


Oleh itu, aku mencadangkan agar YB Presiden UMNO untuk berehat ataupun ambil langkah sepertimana yang pernah dilakukan oleh beliau sebelum ini, untuk bercuti daripada UMNO dan BN. Juga ambil lah langkah seperti Dato’ Najib. Bezanya Dato’ Najib melepaskan keseluruhan jawatannya di dalam parti dan kemudian bangkit untuk membersihkan nama beliau. Maka, aku rasakan eloklah untuk YB Presiden UMNO untuk melakukan perkara yang sama.


Langkah tersebut bukan sahaja membawa manfaat kepada YB Presiden UMNO untuk memberikan penumpuan sepenuhnya dalam membersihkan nama beliau TETAPI ia juga adalah untuk memberi kepentingan dan manfaat kepada parti. Jika beliau bercuti ataupun melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN, ia adalah satu manifestasi yang sangat besar dan bermakna buat parti.


Jika aku diberi pilihan untuk setia kepada parti atau kepada presiden, aku akan pilih kesetiaan kepada parti. Disebabkan kesetiaan aku kepada parti, maka aku dengan hormatnya memohon agar Presiden UMNO untuk berehat dan bercuti daripada UMNO dan Barisan Nasional. Jika YB Presiden juga sayangkan parti, berehatlah Datuk Seri.


*Amir Hamzah*

Penyokong Tegar UMNO dan BN

Damansara


No comments: