Kerajaan mulakan vaksinasi kanak-kanak 5 hingga 12 tahun Februari ini

 


Kerajaan akan memulakan Program Imunisasi COVID-19 bagi kanak-kanak 5 hingga bawah 12 tahun bermula Februari ini.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) COVID-19, setakat ini hanya dos pediatrik vaksin Pfizer-BioNTech/Corminaty yang telah diluluskan untuk kanak-kanak kategori umur ini. Ia telah dibuktikan selamat dan berkesan.

Dijangkakan seramai 5.9 juta kanak-kanak akan divaksinasi melibatkan anggaran keperluan kuantiti sebanyak 11.8 juta dos.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan meluluskan pemberian vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, keputusan itu dibuat melalui Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-368 yang bersidang 6 Januari lalu dengan memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat bagi produk vaksin Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion for Injection untuk digunakan bagi golongan kanak-kanak itu.

Kata beliau, vaksin jenis berkenaan mempunyai kekuatan lebih rendah berbanding vaksin Comirnaty yang diberikan kepada individu berusia 12 tahun dan ke atas.



No comments: