MANA MAHUNYA MOHON MAAF...

 

Enggan mohon maaf, pengurusan masjid mandikan remaja ala jenazah serah pada peguam


Nazir Masjid Al-Islahiah berkata, Daniel Iskandar Mohd Nasir yang mencuri tabung masjid itu perlu memohon maaf kepada pengurusan masjid atas kesalahan menceroboh. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pengurusan Masjid Al-Islahiah di Kuang, Rawang yang terpalit video tular memaparkan seorang remaja dimandikan seperti jenazah, tidak berhasrat memohon maaf kepada Daniel Iskandar Mohd Nasir, 19, sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada peguam.

Nazir masjid berkenaan, Supandi Samin berkata, Daniel yang perlu memohon maaf kepada pengurusan masjid atas kesalahan menceroboh.

“Pada pandangan saya, di sini ada dua isu. Satu, remaja itu datang menceroboh, jadi siapa yang patut minta maaf, adakah masjid yang kena minta maaf, dia datang ke tempat kita?

“Isu kedua berkenaan video tular, yang itu kami tak boleh buat apa-apa, sebab kami pun ada peguam dan peguam sudah nasihati kami, jadi peguam akan uruskan.

“Kami hanya mahu Allah permudahkanlah urusan kami, itu sahaja,” katanya dipetik Sinar Harian.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Abd Halim Aman menyarankan ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan pihak yang menularkan video remaja dimandikan seperti jenazah itu memohon maaf secara terbuka kepada tertuduh dan masyarakat untuk menjernihkan keadaan.

Dalam pada itu, Supardi mengakui isu video tular itu memberi kesan kepada imam masjid terbabit yang “merajuk”, tetapi fungsi masjid masih berjalan seperti biasa.

No comments: