Dapat duit Umno pun jadi luas juga, netizen sindir pemimpin Pas

 


“Dengan mengenali Allah, kehidupan ini menjadi luas.”

Itu hantaran ringkas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz yang juga anak kepada Mursyidul Am Pas, Almarhum Datuk Nik Aziz sebentar tadi di Facebook.

Walau bagaimanapun dalam tempoh hanya sejam, warganet membanjiri ruangan komenar dengan rata-ratanya menyindir Ahli Parlimen Bachok itu.

“Dapat duit Umno pun jadi luas juga,” sinis Ajimae Kemaye manakala Muhammad Vairun berkata, “Dengan mengenali Umno, kehidupan ini menjadi buas”.

Dakwaan rakaman suara yang dipercayai milik Nik Abduh mengatakan “boleh bercakap” dengan pihak Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat yang tular beberapa tahun lalu juga masih diingati warganet.

“Kalau kenal CIA jadi luas ko dok?,” tanya Najmuddin Yusoff.

Reaksi paling banyak dilihat mengaitkan situasi pemusnahan hutan di Kelantan dalam skala yang besar seperti saujana mata memandang.

“Luas… seluas bumi Kelantan,” komen Muhamad Zaha. Sementara itu, Ezu Den pula berkata, “Luas sangat tu sampai lupa hutan-hutan ini ada had keluasan.”

No comments: