Elok sangat tarik tauliah orang Pas
Ahmad Sayuti Bashiron
Hari pertama JAIS tarik balik Tauliah mengajar di masjid surau Selangor apabila beberapa penceramah terkenal dikaitkan politik atau diterima banyak aduan mereka jadikan medan kuliah masjid surau sebagai medan kempen politik kepartian yg begitu ketara dan melampau.
Umum rakyat / jamaah yg meng’imarahkan masjid surau menyambut gembira keputusan JAIS ini, walaupun ada pro & con nya.
At least beberapa asatizah party yg langsung tak serik apabila kerap ditegur untuk tak ceramah politik di mimbar kuliah masjid surau, telah diberikan pelbagai amaran dan engkar, dengan penarikan ini mereka tidak lagi salahgunakan platfom yg mulia itu.
JAIS penah nyatakan sebelum itu, sekurangnya 7 masjid di Selangor yg seolah dikawal ketat oleh penganut hardcore politik yg engkar arahan untuk tidak benarkan “berpolitik kepartian” dalam setiap aktiviti dan kuliah. Bagi sesetengah mereka, jawatan dalam AJK masjid surau dijadikan lesen berbuat apa sahaja aktiviti party. Bebas dan mereka berkuasa apa sahaja. Kehendak penduduk tak dikesahkan demi kepuasan party semata.
Termasuklah contoh yg dianggap keras itu adalah masjid di tempat saya sendiri. Tak terkejut saya jika inilah mentaliti yg mereka anuti, yg ramai mereka adalah hardcore Pas jadikan group kariah / masjid sebagai medan politik saban waktu.
Inilah isu utama penganut Pas.
Mereka gagal bezakan antara politik Islam vs “politik kepartian”yg dijadikan perjuangan hidup mereka 24 jam. Seolah segalanya bagi mereka wajib dipolitikkan secara party yg mereka anuti. Termasuk dalam whatsapp group penduduk dan masjid suaru, yg tak sah jika tak cakap isu politik kepartian.
Politik merujuk sistem siyasah Islam yg amat mulia, yg bercakap tentang pengurusan manusia dan kepimpinannya. Manakala “politik kepartian” merujuk pada kempen hizbiyyah atau kepuakan demi mencari pengaruh party dan mengumpul pengikut masuk party lebai itu, makan dijadikan mimbar dan kuliah di masjid surau itu sebagai platfrom nya.
Inilah kecelaruan aqidah perjuangan pimpinan dan puak party lebai ini. Semuanya dipolitikkan secara party demi kepuasan perjuangan dangkal mereka.
Sebab itulah ramai pemegang tauliah yg dijemput, mereka jugalah adalah AJK atau pemimpin utama party-party itu yg langsung tak bezakan kuliah maghrib vs ceramah politik. Mentaliti sesetengah mereka, “kalau tak sebut Pas” atau (dahulu) “kalau tak maki umno” di kuliah masjid surau, seolah tak sah dan tak puas kuliah yg dismpaikan.
Fenomena ghurur dan ghulluw inilah berkekalan dan memecahkan masyarakat di Selangor dengan dahsyat sekali.
Seolahnya beberapa masjid surau mahu dijadikan Markaz Rusila yg cuba disuburkan budaya fitnah dan perpecahan dalam masyarakat.
https://www.facebook.com/ahmadsayutibashiron/posts/10159469158264876
Saya yakin arahan Sultan melalui JAIS ini sepatutnya memberikan pengajaran pada ramai, walau saya juga faham ia punyai mudharat tersendiri. Sebab ramai juga ahli politik yg amat ikhlas dan jujur yg jadikan mimbar kuliah masjid surau sebagai medan dakwah dan tsaqafah yg mendidik rakyat, pun turut terkesan.