TUNGGU SAHAJA LAH WAK ZAHID...ENGKAU JUGA AKAN DIKHIANATI

 

Zahid terjerat dengan permainan yang diciptanya sendiri?



Zahid terjerat dengan permainan yang diciptanya sendiri?

Zahid terjerat dengan permainan yang diciptanya sendiri.Ketika Perikatan Nasional (PN) menjadi kerajaan dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, antara individu yang paling banyak meniupkan sentimen kebencian, termasuk mengatakan ‘kerajaan gagal’ adalah Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi.

Bersama sekutunya – beberapa pemimpin dalam UMNO – selain disokong blok pembangkang Pakatan Harapan (PH), Zahid bertalu-talu menyerang pelbagai program yang diatur dan dirancang Muhyiddin serta Kerajaan PN.

Hinggakan program yang memberi manfaat kepada rakyat seperti langkah mengekang penularan Covid-19 dan pelbagai bantuan kewangan, termasuk Bantuan Khas Covid-19 (BKC) untuk rakyat yang terkesan, turut menjadi sasaran kecaman dia dan sekutunya.

Ini tidak cukup, itu tidak cukup, ini tidak betul, itu tidak betul, ini salah, itu salah, kes Covid naik, orang mati ramai, semuanya dimuat naik dalam media sosialnya – yang betul hanya dia sahaja.

Ini dilakukan semata-mata untuk mencetuskan sentimen kebencian terhadap Muhyiddin yang tidak mahu mengikut telunjuk ‘orang tertentu’ untuk membebaskan ‘individu tertentu’ daripada tuduhan jenayah di mahkamah.

Zahid

Menyerang dengan pernyataan negatif mengenai keperibadian dan integriti adalah salah satu strategi yang digunakan untuk menundukkan lawan politik.

No comments: