PM GAGAL-LANTIK NAK PULIH NEGARA? MEMANG TAK ADA LA..

 

Muhyiddin dilantik pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf menteri




Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin dilantik Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) bertaraf menteri.

Perkara itu diumumkan Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali, menurut laporan Bernama.

MPN ditubuhkan pada Julai lalu bagi memastikan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) berjalan lancar dan mengukuhkan lagi strategi kawalan wabak Covid-19.

Ia dianggotai wakil sektor swasta, pakar industri, dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk berkongsi pengalaman dan nasihat di dalam pelbagai aspek PPN bagi membolehkan Malaysia keluar dari pandemik ini secara sistematik dan selamat.

No comments: