Menteri umum Genting Highlands telah bersedia untuk beroperasi ikut SOP. PAS Pahang kata masa sesuai untuk tutup genting. Pas mimpi ka apa ?

 


Menteri umum Genting Highlands telah bersedia untuk beroperasi ikut SOP



Pagi ini saya diberi taklimat oleh Head of Business Operations and Strategies, Genting Malaysia Berhad GENM, Lee Thiam Kit mengenai kesediaan pihaknya untuk membuka operasi sebagai usaha memulihkan sektor pelancongan di situ.

Menurut beliau, Genting World Resort, (RWG) akan mencapai 99% liputan luas (wide coverage vaccinated) pekerja yang mendapat vaksin lengkap pada 12 September ini.

Beliau juga berkata RWG juga melaksanakan pematuhan SOP yang ketat dan bersedia sepenuhnya untuk beroperasi.

Alhamdulillah, saya menyambut baik keputusan mereka dan menyatakan pertimbangan mengenainya adalah tertakluk kepada kesediaan pihak industri yang memenuhi kriteria-kriteria tertentu seperti pekerja sektor ini yang telah mendapat vaksinasi lengkap serta kemudahan pusat kuarantin yang terdapat di situ.

Saya juga memaklumkan kepada beliau bahawa 3 SOP untuk penggiat industri pelancongan di pusat peranginan Genting Highland yang dikemukakan MOTAC kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) telahpun mendapat kelulusan.

SOP tersebut melibatkan sektor perhotelan, agen pelancongan dan acara perniagaan (Business Events).

Mengenai permintaan untuk membuka aktiviti taman tema, MOTAC telah mencadangkan untuk kebenaran aktiviti tersebut pada Fasa Ke-2.

Pada masa ini, aktiviti tersebut hanya dibenarkan pada Fasa ke-4.

Kita memahami keperluan untuk semua membenarkan aktiviti-aktiviti pelancongan dan kebudayaan di negara ini demi menyokong dan memulihkan semula pelancongan domestik di Genting yang melibatkan lebih 11,000 pekerja yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam eko-sistem di pusat peranginan berkenaan.

Sumber | GD


No comments: