Lori bawa gajah isi minyak undang tular

 

Video yang dikongsi pemilik akaun TikTok @shellberkembarhieway itu menunjukkan betapa mesra layanan yang diberikan pekerja stesen minyak sehingga ada yang sempat memberinya roti.

Bukan senang hendak lihat gajah secara dekat. Mana tidaknya, mamalia terbesar di daratan ini hanya hidup di zoo mahupun di alam liar.

Baru-baru ini, sebuah stesen minyak di pantai timur kecoh dan tular di media sosial selepas dikunjungi seekor gajah.

Menariknya, sang gajah tidak hadir sendirian sebaliknya dibawa dengan sebuah lori milik Jabatan Perhilitan yang singgah untuk mengisi minyak.

Video yang dikongsi pemilik akaun TikTok @shellberkembarhieway itu menunjukkan betapa mesra layanan yang diberikan pekerja stesen minyak sehingga ada yang sempat memberinya roti.

Mereka kelihatan seperti sudah biasa dengan kunjungan gajah tersebut dan begitu juga dengan pengunjung istimewa mereka itu.

Perkongsian itu bukan saja menarik perhatian warganet, sebaliknya juga orang ramai serta pelanggan lain yang turut berada di stesen minyak berkenaan.

Gelagat gajah yang comel serta agak lucu kerana saiznya yang hampir mencecah bumbung stesen minyak itu begitu menghiburkan orang ramai. Malah, setiap kali menyambut roti yang dihulur pekerja stesen minyak ia kelihatan seperti tersenyum.

Tidak hairanlah perkongsian itu meraih lebih setengah juta tontonan setakat ini.

Menjenguk ke ruang komen, warganet rata-rata terhibur dengan kemunculan sang gajah dalam gaya yang cukup unik itu. Pelbagai reaksi positif serta mencuit hati turut dikongsi menjadikan ruangan itu tambah gamat.

“Uii comelnya gajah kat Shell,” kata pemilik akaun @Eqien_Yusoff.

“Aku sorang je ke perasan gajah tu senyum,” komen @Yamete kudasai pula.

“Makan roti tu ibarat macam makan sebutir nasi,” kongsi @Capt teemo.

No comments: