Norman Radzuan
TERLALU BYK DIPERSEMBAHKAN CERITA HAMPAS
Org Melayu kita bercerita bab korupsi, bail out, kronisme, defisit belanjawan dan lain2 mereka tak mahu ambil tahu. Org Melayu tak faham... puas kita berhujah dgn fakta implikasinya sampai berbuih mulut, dtg lebai naik atas pentas cukup sekadar menyebut dua ayat iaitu Melayu dan DAP. Maka Melayu terus menjadi bodoh sb dgn sengaja mahu dibodohkan oleh org bijak pandai yg cuba mengambil kesempatan.
Yg org Melayu hendak ambil tahu siapa bakal suami artis, kenapa artis itu bercerai, kenapa artis itu tak dpt anak, artis mengidam apa dan hari ini satu lagi berita yg saya rasa membazir masa dibaca dan hanya melemahkan otak2 org Melayu.
Perlu ke cerita 'celah kangkang' hendak disiarkan utk pembacaan umum. Saya baca ketawa dah pasti tapi perasaan geram dan marah kenapa cerita begini boleh dijadikan bahan bacaan. Bagaimana kita mahu didik bangsa kita utk terus maju. Ini bukan bahan bacaan utk tatapan media. Ini cerita bualan kosong di tepi longkang utk membuat kwn2 ketawa terbahak bahak.
Sebab itu org Melayu gemar menonton filem seperti Sembilu. Org Melayu mcm org India di India. Mereka mahu ke panggung wayang bukan mahu menonton filem yg buatkan mereka berfikir atau mendapat mesej dari tontonan. Mereka mahu tgk pelakon cantik, kacak, lagu menarik...berdialog berjanji bulan dan bintang di taman bunga.
Inggeris dulu bila dia jajah Tanah Melayu selagi ada pekan kecil dia binakan Panggung Wayang. Kalau di kampung ada wayang pacak. Tradisi ini diteruskan oleh kerajaan Melayu. Dikhayalkan org Melayu dgn hiburan sambil mereka mencuri balak, getah dan bijih timah. Inggeris bijak dia tidak jajah secara berperang tapi dia jajah minda org Melayu.
Inggeris tahu jika org Melayu diberi pendidikan yg baik maka mereka akn berdepan dgn demontrasi setiap hari di bandar2 kecil. Ubat mujarab utk melemahkan kebangkitan org Melayu ialah dikhayalkan dgn hiburan.
Maka genarasi itu terus dilahirkan oleh kerajaan Melayu skg. Org Melayu mesti dibodohkan dgn hiburan sambil ditakutkan dgn cerita Cina DAP. Formula ini mujarab utk merompak kekayaan negara tanpa dipersoalkan di dunia. Cuma di akhirat nanti ia tetap akan disoal oleh para malaikat... jgn mereka ingat malaikat itu pemikiran mcm org Melayu.
Berbalik kpd cerita pra menopause Vida ini. Apa yg pelik dan dicemaskan. Pelik ke umur 50 menopause...? Apa ingat Data Internet ini percuma utk melayan cerita seperti ini ??? Ini era 2000, ini zaman edan.. cukup2lah cerita2 kurang bijak seperti ini. Cukup2lah bangsa kita ini sudah lemah cara berfikirnya jgn ditambahkan lagi cerita2 yg tidak membawa kebaikan.