SIAPA KATA HADI AWANG DUTA YANG HANYA MAKAN GAJI BUTA? KONGSILAH BERSAMA RAKYAT


Selama ini ramai yang menganggap perlantikan Presiden Pas, Hadi Awang sebagai Duta Khas Perdana Menteri bertaraf menteri ke Timur Tengah sebagai sia-sia.

Kerjanya yang tidak kelihatan, malah ketika Mahiaddin Md Yasin melawat Arab Saudi pun beliau tidak ikut serta, ditambah dengan PKP demi PKP yang bersambung-sambung, Hadi dilihat macam tiada kerja dan hanya makan gaji buta saja.

Ditanggapi perlantikan beliau tidak lebih sebagai ganjaran politik atas sokongan Pas kepada kerajaan semata-mata.

Selepas dilantik Mahiaddin di bawah Kerajaan PN, jawatan Hadi kini disambung lagi oleh Ismail Sabri Yaakob di bawah Kerajaan Keluarga Malaysia.

Untunglah….

Tetapi, ramai tak tahu Hadi sebenarnya telah menjalankan tugasnya dengan cemerlang di sebalik kekangan PKP yang menghalang pergerakan seseorang untuk ke mana-mana atau berjumpa sesiapa.

Kata Hadi, sejak dilantik ke jawatan itu tahun lalu oleh Mahiaddin, beliau sudah mengadakan pertemuan diplomatik dengan 10 duta negara Timur Tengah mengenai kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang.

“Tindakan susulan pula dilakukan oleh kalangan menteri menerusi siri lawatan dan antaranya adalah membabitkan perdagangan kelapa sawit yang meningkat.

“Kita turut membincangkan mengenai sektor pendidikan di Mesir dan Jordan selain kerjasama membantu rakyat Palestin.

“Kerja sudah dibuat, cuma akan disambung semula dan ditingkatkan lagi,” katanya lagi.

Perghhh….hebat rupanya Tuan Guru Hadi ini?

Begitu pun Tuan Guru, nak tanya sikit – tiadakah sekeping dua gambar pertemuan dengan 10 duta tersebut?

Kalau pula pertemuan itu bukan secara fizikal, sebaliknya secara maya misalnya, tiadakah juga gambar Tuan Guru sedang berbual dengan mereka?

Takkan pegawai-pegawai Tuan Guru tak ambil gambar langsung?

Peliknya lagi, kenapa tidak pernah sekali pun dimasukkan sebarang maklumat di dalam FB atau Twitter Tuan Guru mengenai pertemuan dengan duta-duta itu?

Sebab selama ini yang banyak dimuat dalam FB atau Twitter Tuan Guru hanyalah kuliah politik berjela-jela mempertahankan kerajaan tebuk atap dan sesekali kuliah agama dari Rusila.

Kongsilah juga dengan rakyat tentang kerja sebagai duta, sekurang-kurangnya tidaklah terasa macam sia-sia cukai kami digunakan untuk membayar gaji dan kemudahan hidup bertaraf menteri itu.

Kalau tiada maklumat sebegitu, jangan disalahkan jika Tuan Guru dikata hanya makan gaji buta dan satu-satunya Duta Timur Tengah yang banyak duduk di rumah? – 

ShahbudinHusin 03/09/2021.




No comments: