BIASANYA ANWAR AKAN MEMBUAT KENYATAAN BERDASARKAN MAKLUMAT SAHIH.

 


Tok Pa nafi kerajaan belanja RM2 bilion untuk buku RMK12, harap Anwar perbetul kenyataan







Mustapa Mohamed berharap Anwar Ibrahim dapat memperbetulkan kenyataannya bagi mengelak persepsi negatif terhadap pegawai Unit Perancang Ekonomi (UPE) Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan kerajaan.

PETALING JAYA: Kerajaan tidak pernah membelanjakan RM2 bilion bagi menyiapkan buku Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) seperti didakwa Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Mustapa Mohamed, berkata perancangan pembangunan negara untuk lima tahun itu disediakan pegawai Unit Perancang Ekonomi (UPE) Jabatan Perdana Menteri (JPM) bawah seliaannya.

“Penyediaan RMK12 melibatkan kos yang amat kecil untuk sesi libat urus, cetakan dan perunding media.

“Saya berharap Anwar dapat memperbetulkan kenyataan beliau bagi mengelakkan persepsi negatif terhadap pegawai UPE JPM dan kerajaan,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dalam perbahasan RMK12 di Dewan Rakyat mendakwa, sejumlah RM2 bilion diberikan kepada konsultan untuk menyiapkan buku RMK12.

No comments: